:
Home » » video seks:Gerakan Mengaibkan Anwar

video seks:Gerakan Mengaibkan Anwar

Jumaat, 29 April 2011 | 0 comments

video seks:Gerakan Mengaibkan Anwar


SHAH ALAM 29 APRIL : Lebih banyak klip video seks fitnah untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube malam tadi untuk beberapa jam.

Ratusan ribu risalah mengandungi gambar-gambar dari video lucah itu ditabur di sekitar Lembah Klang, dalam memperhebatkan gerakan pihak tertentu untuk mengaibkan Anwar dan keluarganya.

Dalam pada itu, media arus perdana termasuk TV3 diberi arahan oleh "pihak atasan" untuk memberikan liputan meluas kepada ucapan sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay di sebuah masjid di Sentul selepas solat Jumaat hari ini.

Anwar berkata video lucah berkenaan adalah kesinambungan fitnah sejak tahun 1998 dan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan Umno dan Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk berundur dari politik.

"Jika saya berundur dan melepaskan jawatan ini bermakna kita tunduk kepada rekaan politik Umno. Siapa yang patut menentukan sama ada saya patut berundur atau tidak. (Sudah tentu) parti-parti komponen Pakatan Rakyat dan pengundi yang membuat keputusan . Saya tidak akan tunduk kepada tekanan ini," kata Anwar kepada Malaysian Insider.


Empat klip video lucah setiap satu antara 4 minit hingga 4:24 minit dimuatnaikkan di Youtube di lihat "kemuncak" paparan video untuk mengaibkan Anwar dan keluarganya secara berleluasa.

Sejak video itu ditayangkan kepada wartawan oleh Eskay dan dua lagi Datuk T pada 21 Mac lalu, Anwar membuat laporan polis dan mengemukakan bukti bahawa beliau bukan pelaku video lucah itu.

Namun juak-juak Umno termasuk Najib terus menjadikan video itu sebagai modal politik, khususnya ketika pilihanraya negeri Sarawak.

Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim di laporkan menemui Najib di Bangunan Parlimen sehari selepas identiti mereka sebagai Datuk T di bongkar oleh Parti Keadilan Rakyat.

Empat klip terbaru di Youtube memaparkan aksi seks antara seorang berperut besar dengan seorang wanita berkulit cerah. .

Video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" telah dikeluarkan dari Youtube kerana ia melanggarkan polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam.

Anwar tidak menafikan serangan-serangan untuk menghina maruah beliau sekeluarga amat melukai hatinya tetapi berkata beliau bersyukur mempunyai keluarga yang mengamati perjuangannya.

"Saya ada keluarga yang hebat dan saya harus ucapkan terima kasih kepada mereka. Azizah dan anak-anak saya, meskipun ketika saya menjadi timbalan perdana menteri, mereka bukan anak timbalan perdana menteri (tetapi) mereka anak Anwar dan Azizah, kata beliau dengan senyuman,"kata Anwar.

Polis, SKMM kata telah melancarkan siasatan,tapi tiada tangkapan keatas blogger yang memuat naik video tersebut kedalam blog,malah mendapat liputan yang meluas pula.
Berlainan dengan blogger adik Hanef dahulu,hanya memuatnaik beberapa gambar sahaja,beliau telah ditahan.Secara dasarnya ini hanyalah Permainan POLITIK.

Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar  berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.

Semalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.

Khalid ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan klip video pertama itu, berkata pihak pendakwaan telah meminta pegawai penyiasat untuk menyiasat dengan lebih terperinci daripada beberapa sudut lagi.

"Pihak pendakwaan melihat lebih terperinci daripada penyiasat. Kami tidak dapat nyatakan bila ia (siasatan) akan siap"," katanya.

Katanya ia adalah proses biasa dalam sesuatu siasatan apabila ada individu yang akan dipanggil memberi keterangan atau dipanggil semula untuk beberapa kali bagi membantu siasatan.

Pada 21 Mac lalu, rakaman video seks yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang dipertontonkan kepada beberapa wakil media oleh pihak yang menggelarkan diri "Datuk T" di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

"Datuk T" terungkai apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersama bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim mengaku mereka bertanggungjawab di atas penayangan video tersebut dan "Datuk T" merupakan singkatan "Datuk Trio".

Penayangan video itu menyebabkan Anwar membuat laporan polis.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger