Home » » Video seks :terus membelenggu Anwar Ibrahim

Video seks :terus membelenggu Anwar Ibrahim

Written By kiff isme on Khamis, 28 April 2011 | April 28, 2011

 Video seks :terus membelenggu  Anwar Ibrahim

Klips video seks terus membelenggu Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, apabila beliau diminta polis untuk merakamkan kenyataan tambahan pada hari esok, di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square. Sementara itu, bahagian kedua klip video seks selama 1 minit dan 47 saat telah dimuatkan ke dalam laman internet, Youtube, tengahari tadi.

Bagaimanapun, klip video kedua yang dinamakan "Papa Nurul Izzah Part II" ini telah dialihkan dari Youtube, pada kira-kira jam 6.45 petang tadi. Bahagian pertama dengan masa yang sama, iaitu 1 minit 47 saat telah dimuatkan ke dalam Youtube pada 4 April 2011, selepas penayangannya kepada media pada 21 Mac 2011 di Seri Carcosa Negara.


Keluarga Anwar termasuk isterinya Wan Azizah Wan Ismail, anak sulungnya Nurul Izzah Anwar dan bapa mertuanya Wan Ismail telah mengadakan sidang media pada 5 April, menafikan bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim, setelah menontonnya.

Dalam satu kenyataan tadi, PKR memaklumkan kepada media bahawa "pasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah memohon untuk merakamkan kenyataan tambahan daripada Anwar Ibrahim berhubung laporan polis beliau pada 22 Mac 2011 di IPD Dang Wangi ke atas individu-individu yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video lucah di Carcosa Seri Negara. Individu-individu ini juga telah mengedarkan kenyataan bertulis kepada para wartawan dengan fitnah bahawa Anwar merupakan individu di dalam video lucah tersebut serta mengugut beliau supaya bersara dari politik."

Kenyataan Anwar akan dirakamkan oleh DSP Shanmugamoorthy pada hari Khamis (28 April 2011), jam 2.30 petang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya. Satu sidang media akan diadakan oleh Anwar sebaik kenyataan beliau selesai dirakamkan.

Anwar dakwa Najib guna pornografi pertahan kuasa

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihak polis terlibat 'memberi perlindungan' kepada penyebar video lucah yang mengaitkan dirinya.

Bercakap kepada media selepas disoal siasat di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, agak mustahil video itu boleh disebar termasuk bahagian kedua semalam dalam Youtube.

"Mana ada dlm negara ini orang boleh terang-terangan sebar video tanpa sebarang tindakan kalau polis tak lindungi," katanya.

Tambahnya, dalam kes 'mata lebam' dahulu juga, bekas ketua pegawai penyiasat kes tersebut, Datuk Mat Zain Ibrahim dalam tulisannya kepada Ketua Polis Negara, mengakui beberapa video lucah yang dikaitkan adalah melibatkan sumber polis.

Selain polis, beliau juga mendakwa Umno turut terlibat di sebalik penyebaran video tersebut.

"Peras ugut saya dan Azizah meletak jawatan. Motif politik Umno itu jelas ada.

"Ternyata pemimpin Umno terdesak. Datuk Seri Najib harus menjawab kenapa jenayah pornografi itu menjadi strategi beliau terpenting mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara ini.

"Dan menggunakan beberapa orang termasuk Agendadaily, Utusan untuk menjadi perkakas murahan untuk menyebarkan jenayah yang begitu kotor dan jijik dan menghina orang dan maruah keluarga," ujarnya.

Diatanya desakan pihak tertentu agar beliau bersumpah, beliau berkata perkara itu perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah.

Pada masa sama beliau turut menyelar Utusan dan TV3 dan AgendaDaily yang dakwanya menjadi perkakas Umno BN menyuburkan fitnah.

Terdahulu, Anwar Ibrahim hadir ke IPD Dang Wangi untuk dirakam kenyataan berhubung laporan polisnya berkaitan video seks yang ditayangkan di Hotel Carcosa Seri Negara, bulan lalu.

Beliau yang berbaju kameja biru berkot kelabu cair dilihat tiba kira-kira jam 2.50 petang.

Turut menemani beliau hari ini adalah isteri dan anaknya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah serta peguamnya, R.Sivarasa Rasiah.

Ini adalah kali kedua Anwar akan memberi kenyataan berhubung perkara tersebut selepas kali pertama 22 Mac lalu apabila beliau membuat laporan polis selepas video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki, ditayangkan di hotel mewah itu pada 21 Mac lalu.

Anwar telah pun menafikan lelaki itu dalam video tersebut adalah beliau.

Beliau berkata, penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.

Beliau juga mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah itu.

Selain peguam, turut mengiringi beliau adalah Naib Presiden PKR, N Surendran, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Penerangan PKR Lateefa Koya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.