Sabtu, 2 April 2011

Pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng

pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng



Surat terbuka daripada Fuziah Salleh  selaku ahli parlimen Kuantan kepada Menteri Besar Pahang
Saya mengalu-alukan kenyataan Menteri Besar Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan MB terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya.

Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg diterima oleh MB  darirpada LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan "rare earth" ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.


MB seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat di kawasan Kuantan.

Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh MB kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negara China telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan "rare earth" di bina di negara mereka sejak tiga dekad (30 tahun) kebelakangan ini.

MB juga harus bertanya kepada jiran kita, MB Terengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yang sama di Teluk Kalung dalam tahun 2007.

MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan Thorium - bagaimanakah ianya akan diuruskan dan peraturan apakah yg akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara China atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yang akan diguna pakai nanti?

MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif kepada alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada di persekitaran Gebeng.

MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimanakah nanti persepsi pelancong terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk datang ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan "rare earth"?

Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yang ada di negara China (yang kita semua tahu tidak mengambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar), persoalan di atas adalah amat penting.

Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?

Saya jangka MB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yg menyenangkan dari kesemua persoalan diatas.

Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab.

Related Posts

Pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng
4/ 5
Oleh