Mohd Aizat Mohd Salleh
Di antara pengajaran yang paling agung tatkala Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin menghadapi peperangan Badar adalah pertolongan Allah s.w.t.
Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfury di dalam Sirah Ar-Rahiq al-Makhtum menyatakan, kemenangan besar yang diperolehi adalah daripada bantuan dan pertolongan secara ghaib kepada umat Islam.
Selain itu, ia membawa peringatan bahawa kaum Muslimin tidak terpesona dan tertipu dengan keberanian dan kejaguhan mereka yang akan menjebakkan mereka dalam perasaan angkuh dan sombong.
Antara pertolongan yang diceritakan oleh Abu Dawud al-Mazini, beliau berkata: “Aku sedang mengikuti (mengekori) untuk menyerang lelaki Musyrik untuk membunuhnya. Tiba-tiba kepalanya jatuh sebelum pedangku sampai kepadanya. Maka tahulah aku bahawa dia dibunuh oleh orang lain.”
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa: “Ketika seorang lelaki dari kalangan tentera Islam mengasak hebat seorang Musyrik di hadapannya tiba-tiba dia terdengar bunyi pukulan rotan di atasnya serta suara seorang pahlawan yang berkata: “Ayuh maju wahai Hayzum!”
Kemudian dia datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan apa yang disaksikannya, lantas Baginda bersabda: “Kamu benar, itulah bantuan yang datang dari langit ketiga.”
Dalam riwayat lain pula, oleh Ibnu Sa’ad menyebutkan daripada Ikrimah: “Pada hari itu (perang Badar) ada kepala orang Quraisy yang gugur tanpa diketahui siapa yang memenggalnya dan ada tangan yang terpelanting tanpa diketahui siapa yang mencantasnya.”
Di samping itu, ada kaum Muslimin yang turut dibantu Allah s.w.t. Pada hari peperangan itu, pedang seorang sahabat Nabi Ukasyah bin Mihsan al-Asadiy telah putus. Lalu dia datang kepada Rasulullah s.a.w. Baginda memberikannya sebatang kayu yang biasa dibuat sebagai penggaru unta perang.
Baginda berkata: “Gunakan ini untuk berperang wahai Ukasyah”. Apabila diambilnya kayu itu daripada Rasulullah s.a.w, Ukasyah melibas-libaskannya. Tiba-tiba ia bertukar menjadi sebilah pedang yang panjang, kuat dan berwarna putih. Lalu dia gunakan pedang itu untuk berjuang sehingga diberikan kemenangan kepada umat Islam.
Demikianlah pertolongan Allah s.w.t. Dari segi kekuatan persenjataan dan kelengkapan umat Islam ketika itu memang tidak dapat menandingi kekuatan musuh yang sangat hebat.
Begitu jua kekuatan PAS hari ini tidak setanding BN. Mereka punyai wang, media massa dan seluruh jentera kerajaan. Lalu, PAS harus berbangga jika memiliki pertolongan Allah s.w.t.
Justeru, pertolongan Allah s.w.t ini telah melahirkan pahlawan yang hebat ketika peperangan Badar. Misalnya apa yang berlaku kepada Muawwidh bin Afra’.
Diceritakan oleh Muadh bin Amru: “Aku melihat Abu Jahal (ketika perang) dalam satu kepungan di rimbunan pokok. Maka aku pahatkan cita-cita untuk mendapatkan Abu Jahal, lalu apabila ruang terbuka segera aku menyerbunya dan melibasnya dengan satu libasan yang memutuskan separuh betisnya.”
Beliau berkata: “Ketika itu, anak Abu Jahal iaitu Ikrimah menetakku di bahagian bahu, sehingga terputus sebelah tanganku. Lalu tanganku itu berjuntaian dengan kulit di sisiku. Aku tidak menghiraukan apa yang terjadi dan terus berperang.
“Tatkala semakin sukar pergerakanku, maka aku letakkan kakiku di atas tanganku (yang hampir putus), kemudian aku pijak-pijak hingga tertanggal. Kemudian Muawwidh bin Afra datang kepada Abu Jahal dan melibasnya hingga kaku dan membiarkannya tinggal nyawa-nyawa ikan. Kemudian Muawwidh terus berjuang hingga terbunuh.”
Demikianlah semangat Badar yang perlu diteladani kepada ahli-ahli PAS untuk menghadapi BN di dalam Pilihan raya DUN Sarawak yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Semangat Badar yang perlu diteladani kepada ahli-ahli PAS
4/
5
Oleh
Admin