:
Home » » Mesir:barangan naik mendadak serta stok berkurangan

Mesir:barangan naik mendadak serta stok berkurangan

Sabtu, 5 Februari 2011 | 0 comments

JEDDAH 5 FEB : Tunjuk perasaan oleh rakyat Mesir bukan saja mencetuskan rasa takut pada kalangan pelajar Malaysia di negara itu, malah mereka juga berdepan dengan kekurangan bekalan makanan selain harga yang melambung tinggi.

Beberapa pelajar Malaysia yang berjaya dibawa keluar memberitahu, keadaan di Kaherah agak mendesak kerana mereka juga berdepan dengan perintah berkurung yang bermula pukul 1 petang sehingga 8 pagi keesokannya.

"Oleh kerana telah dikenakan perintah berkurung bermula pukul 1 tengah hari hingga 8 pagi esoknya, maka kami terpaksa menggunakan masa yang diperuntukkan bergegas ke kedai berhampiran kawasan tempat tinggal untuk membeli barangan keperluan asas seperti roti dan gula.

"Kami juga terpaksa berebut dengan wanita Arab untuk membeli makanan kerana barangan keperluan kini semakin mendesak," kata Haslisah Khalil, pelajar jurusan perubatan di Universiti Ainshams pada Sabtu.

Khairuizzah Helmi, 20, pula memberitahu harga barangan yang naik mendadak serta stok yang semakin berkurangan menyebabkan beliau terpaksa membeli barangan keperluan asas dengan kuantiti yang banyak.

"Saya bimbang nanti kalau keadaan semakin buruk, kami tidak lagi mendapat bekalan makanan," kata pelajar tahun satu jurusan Usuluddin di UniversitiAl-Azhar itu.

Mohd Amin Azmanshah, 20, pula berkata harga bahan mentah seperti ayam naik berkali ganda selain sukar untuk diperolehi. Pelajar tahun satu jurusan Usuluddin, Universiti Al-Azhar itu berkata sebelum demonstrasi berlaku, harga ayam ialah RM16 sekilo namun selepas tunjuk perasaan harganya mencecah RM27 sekilogram.

"Barangan seperti sayuran dan buah-buahan tidaklah menjadi masalah. Tetapi harga gula juga telah naik daripada RM3.50 kepada RM4 sepaket," katanya.

Sejak seminggu lalu, berpuluh ribu rakyat keluar ke jalan-jalan raya di Mesir mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah negara itu selama 30 tahun, agar segera berundur.

Tunjuk perasaan berlaku di bandar-bandar besar termasuk di Kaherah, Dumyat,Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura.tvs
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger