Jumaat, 4 Februari 2011

Dr Mahathir memecah-belahkan orang Melayu




SHAH ALAM 4 FEB: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menghidapi penyakit kronik "Melayu mudah lupa" apabila melabel Musyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai agen pemecah belah bangsa Melayu.

Tetapi hakikatnya sejarah sepanjang tampuk pemerintahan Dr Mahathir, menunjukan beliau sebenarnya adalah pemimpin yang bertangungjawab memecah-belahkan orang Melayu.

Nik Aziz dalam kenyataan akhbarnya semalam, memberikan ulasan berkenaan pandangan beliau tentang tuduhan Dr Mahathir bahawa beliau agen pemecah belah bangsa Melayu dan membuktikan kesediaannya untuk mendengar pandangan dan berhujah berhubung dakwaan yang dilemparkan mahathir terhadapnya.

Mengulas penyakit DR Mahathir ini, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Mahathir melabel Menteri Besar Kelantan sebagai agen pemecah belah bangsa melayu, sebagai satu penyakit yang kronik dan ia keluar dari multu seorang yang hilang pertimbangan akal.

"Orang yang mampu berfikir, mereka tidak harus mengendahkan kenyataan dari Tun Mahathir kerana kenyataan ini dilihat hadir dari orang yang sudah hilang pertimbangan akal dan beliau cuba membawa kepada situasi dimana perhatian masyarakat dan rakyat dialihkan tentang persoalan yang perit, persoalan yang mana terhasil daripada zaman pemerintahan beliau"

Ketika dihubungi Tv Selangor, Mahfuz juga menjelaskan apa yang berlaku hari ini ialah tempoh timbang tara terhadap pemimpin vateran itu atas apa yang telah dicipta dahulu setelah menyaksikan ramai sokongan Melayu kian pudar terhadap kepimpinan Umno.

"Dan daripada segala masalah yang dilakukan sepanjang pemerintahan beliau itulah menyebabkan masyarakat melayu semakin meminggirkan diri daripada Umno serta berlaku penghakisan sokongan Melayu terhadap Umno," katanya.

Tambahnya lagi, melihat daripada kesan penghakisan sokongan melayu terhadap kepimpinan Umno hari ini, Mahathir hadir dengan pelbagai persoalan dan bertindak sebagai 'Hero Melayu' dalam membetulkan keadaan dengan menimbulkan suasana ketakutan keatas masyarakat melayu terhadap poltik negara hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata Mantan Perdana menteri kini seolah-olah meraih hasil dari baja yang disemai ketika tampoh pemerintahnnya dahulu dengan menyaksikan rakyat khususnya bangsa melayu kini berada dalam keretakan.

"Saya kira ini satu strategi politik yang lapok dek zaman kerana dalam keadaan rakyat telah yakin dengan kata-kata beliau ketika menjadi perdana menteri dahulu"

"Jadi apa yang berlaku sekarang ini ialah beliau melihat kehakisan sokongan semakin terjadi dan perkara yang boleh dilakukan dan sedang dilakukan ialah dengan naikan semangat perkauman kembali dengan harapan masyarakat melayu kembali menyokong Umno,"katanya.

"Dan beliau boleh kembali laksanakan apa yang UMNO telah lakukan pada tahun awal 50, 60 dan 70-an, dan saya rasa perkara ini bukan mudah kerana zaman telah berlalu, Hosni Mubarak di Mesir pun gagal, rakyat semakin cerdik dan perkara ini yang berlaku," jelasnya.tvs

Related Posts

Dr Mahathir memecah-belahkan orang Melayu
4/ 5
Oleh