:
Home » » Wang ihsan atau wang sogok,Halal atau haram

Wang ihsan atau wang sogok,Halal atau haram

Ahad, 10 Oktober 2010 | 0 comments

Umno/Bn akan memberi wang ihsan kepada pelajar di kelantan?
Wang ihsan atau wang nak pancing(rasuah,sogok) undi di galas?
Wang dari sumber halal atau haram?

                                                  



KOTA BHARU 10 Okt — Kerajaan Persekutuan akan memastikan semua pengagihan wang ihsan pelajar di negeri Kelantan diselesaikan akhir bulan ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustaffa berkata semua peruntukan RM25 juta itu akan dihabiskan sehingga tempoh tersebut.

“Ini sebagaimana dikehendaki oleh Kerajaan Pusat melalui agensi pelaksana pengagihan wang itu iaitu JPP dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan upacara pelepasan serombongan 1,500 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Kelantan yang menaiki 32 bas di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, di sini, malam tadi.

Makhtar berkata, lebih 70,000 pelajar rendah rendah dan tingkatan enam menerima bantuan wang ihsan itu yang dikendalikan jabatannya dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (JPP) dan Pejabat Pembangunan Jajahan (PPJ).

Pemberian wang ihsan itu diperuntukkan Kerajaan Persekutuan selepas menukarkannya daripada royalti mula dikeluarkan kepada pelajar Ogos lalu melibatkan 70,800 pelajar di seluruh negeri Kelantan tanpa mengira bangsa.

Katanya, mengikut peraturan, pelajar yang telah menerima bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajaran Malaysia (KWAMP) dan keluarga berpendapatan lebih RM1,500 sebulan, tidak layak menerima wang itu.

“Pelajar tingkatan enam layak menerima wang ihsan itu tanpa mengira kedudukan dan pendapatan keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu mereka yang menerima wang ihsan itu memanfaatkan pemberian itu sewajarnya untuk kemudahan pelajaran mereka tanpa menyalahgunakannya.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger