:
Home » » Istana nafi terlibat dalam politik

Istana nafi terlibat dalam politik

Jumaat, 29 Oktober 2010 | 1comments


Kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri DUN Galas yang masuk hari keempat hari ini mula “panas” dengan dakwaan bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS menggunakan Sultan Kelantan untuk memancing undi

 Khabar angin tersebar luas di Gua Musang sejak pagi tadi bahawa Sultan Muhammad V akan mengunjungi Gua Musang hujung minggu ini untuk mengurniakan geran tanah pada satu majlis kerajaan negeri yang didakwa akan digunakan untuk menaikkan reputasi PAS menjelang hari pengundian minggu depan

Bagaimanapun Istana Kelantan menafikan Sultan Muhammad V akan berada di Galas menjelang hari pengundian 4 November ini

Blog pro-Umno The Unspinners mendakwa kerajaan negeri bercadang untuk memberi 1 200 Orang Asli geran tanah

Satu lagi blog Bigdogdotcom pula mendakwa adalah malang jika Sultan Muhammad V dimanipulasikan oleh sebuah parti politik ketika kempen laporan yang dilihat mendakwa Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan pihak istana

 “Adalah malang jika Duli Yang Maha Mulia Sultan digunakan sebagai alat oleh sesetengah pihak ketika kempen proses demokratik khususnya dalam pilihan raya

 “Pilihan raya adalah persaingan antara parti politik dan ahli-ahli politik ” kata tulisan blog yang disiarkan semalam

Bagaimanapun sumber-sumber Istana Kelantan menafikan yang Sultan Muhammad V akan melawat Galas dalam tempoh terdekat

Sumber itu menambah baginda juga telah menangguhkan kesemua pertemuan dengan Exco Kerajaan Negeri yang dijadualkan sebelum 4 November

“Malah Sultan pun tiada di negeri dan baginda tidak akan mengunjungi Gua Musang sehingga pilihan raya berakhir ” kata satu sumber istana kepada The Malaysian Insider

Sultan Muhammad V yang dimashyurkan sebagai sultan bulan lalu telah mengunjungi bahagian Gua Musang minggu lalu sebelum bermulanya tempoh berkempen untuk mengurniakan geran tanah kepada lebih 100 penduduk

 Bagaimanapun difahamkan tiada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu

 “Tidak ada ahli politik dibenarkan menghadiri majlis itu disebabkan sensitiviti Tuanku hanya diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias dan pegawai-pegawainya ” kata sumber

“Sultan bijak baginda tahu peranan baginda baginda faham situasi jadi baginda tiada rancangan untuk melawat Gua Musang ketika tempoh berkempen ” katanya

Dalam pada itu Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad yang mengesahkan tiada kunjungan diraja ke bahagian Gua Musang menjelaskan majlis pengurniaan geran tanah minggu lalu telah dijanjikan oleh Sultan Muhammad V tahun lalu ketika baginda masih pemangku Sultan Kelantan

“Mereka yang menerima geran tanah merupakan mereka yang memohon terus kepada baginda ketika baginda masih Tengku Mahkota ” kata Halim

 “Permohonan ini diluluskan baru-baru ini dan Tuanku memutuskan untuk mengurniakan secara peribadi dalam perjalanan ke Kuala Lumpur ” katanya

 Halim menafikan ia keputusan politik

“Ia adalah rutin baginda Bukan sahaja di Gua Musang baginda melawat seluruh negeri untuk menyampaikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang memerlukannya ” kata Halim

 “Istana tidak terlibat dalam kempen Mereka boleh berkata apa yang mereka mahukan tetapi istana tidak terlibat dalam politik ” kata Halim lagi

Jentera kempen Barisan Nasional diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah ketua Umno Gua Musang yang merupakan anggota kerabat diraja.MI
Kongsikan :

1 ulasan:

  1. Ini satu fitnah kepada tuanku sultan kelantan.
    Kerajaan negeri dan pihak Istana Kelantan boleh saman siapa yang sebarkan fitnah tu.

    BalasPadam

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger