Jumaat, 29 Oktober 2010

Pas tiada masalah pengundi cina di Galas


Undi Melayu kepada PAS-Pakatan Rakyat mungkin berkurang seandainya keputusan PRK Manek Urai dijadikan rujukan. PAS mungkin tidak bermasalah dengan undi Cina, yang sentiasa melebihi paras 50%. Justeru itu, cabaran PAS dalam PRK Galas ini adalah meningkatkan undi majoriti Cina, untuk menutup penurunan undi Melayu, di samping mengekalkan 33% undi kaum asli yang diperolehi pada PRU ke-12.

Undi Melayu tidak akan mengalami perubahan yang mendadak. Wan Abdul Rahim memberitahu  sambil merujuk kepada PRK Manek Urai, bahawa jumlah undi akan menurun 6%. Jadi, mengikut perkiraan PAS, undi mereka mungkin jatuh dari 54% semasa PRU ke-12, kepada 48%.

"Tapi, selepas Barisan mengumum calon ini, ia meningkat 1%," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin pernah menyindir PAS kerana meletakkan "pemborong ikan" sebagai calon dalam PRK Manek Urai, namun kini BN meletakkan calon, yang hanya berkelulusan SPM. Maka, belum lagi PAS menyerang, BN sudah mula untuk membelanya.

Wan Abdul Rahim menekankan bahawa PAS hanya berharap untuk mempertahankan 33% undi orang asli yang diperolehi ketika PRU ke-12.

Sementara itu, Pengarah pilihan raya kecil BN Tengku Razaleigh yang melawat dua kawasan kaum asli semalam, Hau dan Balar, yakin untuk memperolehi 70% undi kaum asli, malah mungkin mencecah 80% seandainya mengikut anggaran optimis.

Kini, PRK Galas telah memasuki hari keempat, dan BN dijangka akan menyasarkan pengundi Cina selepas memantapkan undi kaum asli.

Di samping itu, suasana kempen Pakatan Rakyat belum hangat, memandangkan kehadiran ceramah masih rendah meskipun Pakatan Rakyat menurunkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bekas Menteri Besar Perak Mohd Nizar Jamaluddin ke padang. Dalam ceramah di Kampung Pulai semalam, kehadiran tidak mencecah ratusan orang - sesungguhnya hujan lebat mungkin menjadi punca, namun ceramah itu dijalankan dalam dewan tertutup.(sumber)

Related Posts

Pas tiada masalah pengundi cina di Galas
4/ 5
Oleh