:
Home » » kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan ahli politik

kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan ahli politik

Sabtu, 11 September 2010 | 0 comments

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada yang memperjuangkan politik perkauman.Umno bukan politik perkauman ke?



PAGOH 11 Sept — Semua pihak di negara ini harus menumpukan kepada perjuangan besar yang menyentuh kepentingan nasional dan semua kaum, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak termasuk ahli politik yang mengangkat perjuangan parti atau organisasi masing-masing sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di antara kaum di negara ini.
"Ini penting di dalam mengekalkan kesejahteraan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Kompleks Seri Pekembar, di sini hari ini.
Antara yang turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi; Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latif Ahmad; Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan wakil rakyat serta pemimpin daripada Barisan Nasional (BN) Johor.
Muhyiddin, yang juga Anggota Parlimen Pagoh, berkata kepentingan semua kaum perlu didahulukan dan bukan tertumpu kepada perjuangan sempit untuk manfaat sesuatu kaum sahaja.
“Walaupun kita nak perjuangkan kaum kita, kita harus hormati kepentingan kaum lain supaya tidak timbul kebencian dan rasa tidak hormat menghormati,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata setelah 53 tahun BN berjaya mengekalkan keamanan serta kesejahteraan dan semua pihak diingatkan supaya mengikis semangat berpuak-puak atau kesukuan.
Pada masa sama, beliau menggesa rakyat supaya menghayati nilai-nilai positif yang terdapat dalam konsep rumah terbuka, selaras dengan gagasan 1Malaysia dan turut dikagumi pelancong asing.
Muhyiddin berkata konsep itu harus terus dipertahankan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger