Ahad, 12 September 2010

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu masyarakat Cina berdakwah

Apakah menjadi satu kesalahan apabila orang cina berdakwah kepada orang melayu sedangkan mereka seorang muslim yang taat,berbanding melayu yang islam pada nama dan keturunan.


Orang cina muslim di negara china lebih ramai berbanding keseluruhan penduduk malaysia
jadi jangan mengangap islam untuk melayu,melayu hanya islam,lihatlah dengan mata burung bukan sebagai katak di bawah tempurung,betapa ramainya melayu kristien,melayu hindu kerana alam melayu ini luas bukan hanya malaysia shaja orang melayu yang ada.


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu masyarakat Cina supaya turut menyampaikan dakwah kepada orang Melayu.


Mursyidul Am PAS itu berkata, masyarakat keturunan Cina sama ada yang sudah dan akan memeluk agama Islam perlu memainkan peranan berdakwah kepada orang Melayu.


"Tidak salah orang Cina juga diberi peluang berdakwah kerana masyarakat Cina di negara China lebih dahulu menerima agama Islam berbanding orang Melayu di negara ini.


Lagipun orang Cina muda menerima agama Islam bukan secara ikut-ikutan tetapi melalui ilmu dan pembacaan yang mendalam tentang agama," katanya selepas berucap pada majlis Aidilfitri meraikan anak Kelantan di perantauan di sini, malam tadi.


Mengulas sama ada cadangannya boleh mengelirukan masyarakat umum kerana gerakan dakwah biasanya dilakukan oleh masyarakat Islam kepada masyarakat bukan Islam supaya mendekati agama Islam, Nik Abdul Aziz berkata ia bukan satu perkara yang pelik.


"Orang yang menganggap ia pelik dan luar biasa menunjukkan mereka ketinggalan dari segi kefahaman agama, kerana masyarakat Cina di negaranya menerima Islam lebih dahulu daripada negara kita, jadi apa peliknya jika mereka berdakwah kepada orang Melayu," katanya.


Menurutnya, persepsi masyarakat Cina tidak boleh berdakwah kepada orang Melayu adalah salah dan perlu diperbetulkan

Related Posts

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu masyarakat Cina berdakwah
4/ 5
Oleh