:
Home » » Bantuan,sumbangan, rasuah politik atau harga barang nak naik

Bantuan,sumbangan, rasuah politik atau harga barang nak naik

Rabu, 25 Ogos 2010 | 0 comments

 KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dan golongan pesara seperti yang diumumkan hari ini. 

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas itu yang akan membabitkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan dan 590,000 pesara kerajaan. 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. 



Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya amat berpuas hati kerana golongan pesara tidak dipinggirkan. 
"Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan golongan pesara yang telah berkhidmat kepada negara," katanya. 

Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah. 



Apakah ini menunjukan keprihatinan Perdana Menteri ,atau ingin memulihkan kepercayaan rakyat terhadap beliau.
 mungkin juga harga barang akan di naikkan sekali lagi.








KUALA LUMPUR:  PAS terkejut dengan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan negeri menaikkan tarif air dan cukai tanah untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.
Cadangan ini dikemukakan ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan harian.
"Pelik, Perdana Menteri yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan mengemukakan cadangan itu dalam mesyuarat kewangan negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Menurutnya, sepatutnya sebagai Perdana Menteri dengan gaji dan elaun yang sudah melimpah ruah, kena memikirkan bagaimana untuk meringankan bebanan rakyat di negara ini.
"Sebaliknya, katanya otak yang ada pada beliau mengambil jalan pintas iaitu dengan menaikkan cukai, hapuskan subsidi, GST, saman ekor, menaikan harga minyak," ujar beliau.
"Persoalan pokok dalam menyelesaikan masalah kelembapan ekonomi yang berpunca daripada rasuah, ketirisan, beri kepada mereka yang bukan ahlinya dan pentingkan kroni," tambahnya.
Idris berkata, cadangan ini hanya dibuat oleh orang yang tidak mengetahui derita rakyat bawahan di negara ini yang begitu perit, terutama dalam bulan Ramadhan ini.
Katanya, kenaikan harga barangan keperluan naik begitu mendadak seperti Indeks Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Dalam pada itu kata Idris, PAS mengucap tahniah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertegas tidak akan menaikkan tarif air, walau pun di didesak oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Bersedia ke mahkamah demi rakyat
Malahan, katanya beliau bersedia ke mahkamah semata-mata untuk kepentingan rakyat dan memastikan kekayaan negeri dapat dinikmati oleh semua rakyat di Selangor.
"Sekarang rakyat Selangor dapat menikmati air percuma 20 meter padu. Kerajaan negeri dibelasah oleh pimpinan Umno kerana memberi air percuma kepada rakyat.
"Mereka menuduh ini satu tindakan yang membazir wang negeri. Inilah otak pemimpin Umno daripada atas hingga ke bawah, fikiran mereka sama, iaitu fikir macam mana hendak kaut hak rakyat, bukan hendak bagi hak rakyat.
"Selangor juga menolak cadangan projek kroni kerajaan Barisan Nasional dahulu untuk mengambil bekalan air daripada Pahang dengan harga RM8 bilion, sebaliknya kerajaan Selangor akan meneroka sendiri sumber air dengan kos RM2 bilion sahaja, dapat jimat wang rakyat sebanyak RM6 bilion," katanya.


Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger