Home » » Kedai yang menjual perakam video sudah di kenal pasti

Kedai yang menjual perakam video sudah di kenal pasti

Written By kiff isme on Rabu, 25 Ogos 2010 | Ogos 25, 2010

SHAH ALAM 25 Ogos — Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyerahkan hasil siasatan dalaman yang dijalankan oleh kerajaan negeri kepada polis dalam minggu ini, susulan penemuan perakam video di pejabatnya.

Hasil siasatan itu, beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti kedai yang menjual perakam video itu.

Selain itu, pihaknya juga mengenal pasti kilang yang membuat perakam video itu dan individu-individu yang telah dirakamkan oleh alat itu semasa mereka bertemu dengan beliau di pejabatnya, kata Abdul Khalid mengulas mengenai kes itu pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Khalid berkata, beliau bercadang untuk bertemu dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Khalid Abu Bakar dalam minggu ini juga untuk menyerahkan hasil siasatan tersebut.

Mengulas pandangan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman bahawa tindakan beliau melengah-lengahkan membuat laporan polis mengenai perkara itu sebagai muslihat politik, Abdul Khalid berkata, apa yang dilakukan beliau lebih daripada membuat laporan polis kerana beliau berbincang dengan Ketua Polis Negeri mengenainya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.