Rabu, 1 Mei 2013

Orang Melayu bangsa yang membunuh Melayu


Kesihan kepada para pejuang dan pengasas yang menghidupkan Utusan Melayu dengan susah payah. Yusuf Ishak,Ab Rahim Kajai,Pak Sako, Samad Ismail dll

 Kini akhbar yang mereka bina itu tidak lagi wujud di pasaran sebagai media harian sejak diterbitkan pada tahun 1939. Ini sesuatu yang amat malang dan sukar diterima sama sekali. Ia merupakan bencana kepada tamadun, jatidiri dan warisan bangsa kita. Ternyata kini satu daripada warisan tamadun kita telah terkubur.

TERPUPUS dengan perbuatan kita sendiri di era pasca kemerdekaan. Mengapa ? Ini berpunca akibat dasar pendidikan kita yang mematikan tulisan jawi tulisan asal bahasa Melayu.Tidakkah ini satu jenayah terbesar ke atas bangsa kerana membunuh salah satu warisan kita yang terbesar. UMNO bertanggung jawap penuh ke atas kepupusan dan kesinambungannya !

Satu daripada warisan kita yang terbesar telah sirna. Sedangkan akhbar harian China dan India terus subur. Berapa besarkah pembaca akhbar Tamil sehingga dapat menerbitkan 3 akhbar harian untuk kaum India . Adakah lebih besar daripada khalayak pembaca Melayu.

Apa petakanya , mengapa ia boleh hidup subur di era penjajahan tetapi tidak mendapat tempat selepas kemerdekaan.Sedangkan Utusan Melayu sangat berjasa kepada bangsa , agama dan negara. Siapa boleh menafikannya ? Mana pembelanya yang moto perjuangannya untuk agama, bangsa dan tanah air.

Puncanya kenapa ? Puncanya apabila kerajaan memansuhkan subjek tulisan jawi dan bacaan jawi daripada sekolah-sekolah pada awal tahun 1960an semasa Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran.

Akibatnya pembaca tulisan jawi, tulisan asal bahasa Melayu semakin mengecil dan terus pupus. Selepas 30 tahun timbul satu generasi yang buta jawi. Amat mengejutkan sehingga hendak membaca teks Al Quran pun perlu dirumikan.

Itulah kesannya apabila tergamak membuat dasar yang memupuskan warisan bangsa kita.Bila sudah hilang pun masih tidak tersadar.Masih kurang kepekaan dan kepedulian kerana terlalu mementingkan kemajuan yang melulu bersifat kebendaan, Bahawa tamadun ini adalah kebendaan, projek material dan gah semata-mata .

Perlu disedari salah satu kehebatan bahasa Melayu ialah satu-satunya bahasa di dunia yang memiliki dua sistem tulisan yang sama kuat. Huruf Jawi dari Timur (Arab) dan huruf Latin dari Barat.

Adakah bahasa yang sedemikian wujud di mana-mana bahagian dunia. Mengapakah keistimewaan ini tidak dikekalkan.Agak pelik taksub kita kepada tamadun barat sehingga sanggup mengorbankan tulisan asal bangsa sendiri. Kita bangga dengan hanya menggunakan satu sistem tulisan sahaja iaitu huruf rumi “Latin”. Sumbangan Islam yang terbesar telah dinafikan dengan sengaja. Satu fobia ke atas tulisan tersebut. Mungkin dianggap kuno dan serba ketinggalan oleh golongan pendidikan barat yang menguasai pemerintahan.

Perlu diingat Jawi adalah warisan kita yang asal, tulisan permulaan BM sehingga menjadi ligua franca. Tulisan inilah yang mencetuskan tamadun kepada bangsa kita. Terbit ungkapan BAHASA JIWA BANGSA. Tulisan itu beserta khazanahnya mengisi jiwa dan jatidiri bangsa Melayu. Bila jawi terhapus bermakna segala khazanah tamadun kita akan dinyahkan daripada bangsa kita terutama generasi muda.

Justeru untuk memperkasakan BM, akhbar yang menggunakan dua tulisan mesti dihidupkan. Perlu ada daya usaha untuk menerbitkannya dengan nama Utusan Melayu, Utusan Bangsa, Utusan Rakyat atau apa saja.

Tujuannnya untuk menonjolkan kehebatan dan keistimewaan Bahasa Melayu seantero dunia. Satu-satunya bahasa yang memiliki dua sistem tulisan yang sama hebat Jawi dan Rumi di dunia.

Rencana tambahan : Nasib tulisan Jawi

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Papan tanda jalan mestilah menggunakan bahasa kebangsaan dan ditulis dalam tulisan rumi, kata Timbalan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin.

Menurut beliau, berdasarkan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.

“Dalam konteks papan tanda jalan, DBP berpendirian bahawa apa-apa yang berkaitan dengannya adalah di bawah maksud rasmi, oleh itu ia hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memasang papan tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown.



 Tulisan Jawi adalah salah satu tulisan terawal yang pernah ditemui di rantau ini.Tulisan ini diterima pakai dan berkembang pesat sejak zaman Kerajaan Islam Pasai yang kemudian digunakan pula oleh Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M menunjukkan nilai sejarah tulisan ini, berbanding tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19.

Tulisan Jawi telah menjadi mangsa sekularisasi selepas kemerdekaan. Tahukah anda, semasa British memerintah pun tulisan Jawi masih merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia misalnya tertulis dalam abjad Jawi.

Jadi yang sakit hati sangat dengan tulisan Jawi kenapa? Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun di sekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah.Tulisan inilah yang membangunkan tamadun melayu. Tulisan rumi hanya diterima meluas selepas perang dunia kedua sahaja.

Tulisan Jawi sudah ada 700 ratus tahun di sini. Tidakkah biadab namanya mempertikaikan budaya yang berusia selama itu?

sumber:
asalusulorangmelayu.wordpress.com
 sangtawal.blogspot.com

UMNO yang menghapuskan tulisan jawi,Mari kita ubah sekarang.

Baca kisah-kisah orang melayu :melayu

Related Posts

Orang Melayu bangsa yang membunuh Melayu
4/ 5
Oleh