Selasa, 19 Mac 2013

KOBAT tolak umno

KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)

Berlanjutan daripada kenyataan Jamalul Kiram III yang mengerahkan anak-anak buahnya untuk meneruskan peperangan gerila terhadap pasukan keselamatan kita, KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera) bersetuju dan menyokong penuh kenyataan pihak keselamatan negara Polis dan Tentera yang bersedia untuk berdepan dengan musuh dengan apa cara sekalipun.
Bumi bertuah negara ini wajib dipertahankan walau apa pun keputusan dari pihak penceroboh. Rakyat wajib menyokong penuh pasukan keselamatan kita tanpa mengira fahaman politik.
Walaupun pada pendirian kami, tragedi ini tercetus akibat kegagalan dan kecuaian pimpinan politik mengawal keselamatan negara namun 'nasi telah menjadi bubur'.
Kita tiada pilihan lain kecuali bersama dengan pasukan keselamatan Polis dan Tentera untuk 'melangsaikan' musuh-musuh secepat mungkin. Pimpinan politik yang 'tidor' selama ini bakal kita hukum di dalam PRU ke-13 akan datang.
KOBAT mengingatkan pimpinan Umno terutamanya jangan cuba 'bermain politik' di dalam menangani aspek keselamatan negara.
Media-media di bawah kawalan Umno/Bn diberi amaran agar hentikan saja propaganda atau hasutan jahat mereka terhadap pimpinan Pakatan Rakyat untuk melindungi kelemahan mereka mengurus keselamatan negara.

Wan Fauzuldin Wan Samad, penyelaras KOBAT
Sekiranya mereka masih memainkan sentimen ini untuk memburuk-burukkan pembangkang, kami bersedia untuk menjawab tuduhan mereka agar rakyat sedar siapakah yang sepatutnya dipersalahkan.
Jangan nanti kami dituduh mempolitikkan isu di Lahad Datu sedangkan pihak Umno-BN saban hari membuat tuduhan tidak berasas kepada pembangkang.
Akhir sekali, KOBAT menyeru kepada semua rakyat terutamanya kepada semua warga tentera dan bekas tentera dan Polis agar sentiasa berdoa supaya pasukan keselamatan kita sentiasa diberikan kekuatan, semangat dan kesabaran oleh Allah SWT di dalam berhadapan dengan musuh negara.
Wan Fauzuldin Wan Samad
Penyelaras
KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera)
Sumber - KD

Related Posts

KOBAT tolak umno
4/ 5
Oleh