Isnin, 18 Mac 2013

Gula_gula pilihanraya

— Demam Pilihan Raya 2013 mendorong ahli politik Malaysia daripada kedua-dua belah pihak menaburkan gula-gula untuk mencerahkan peluang mereka, lapor akhbar Singapura sambil mengingatkan bahawa bukan pengundi penentu pilihan raya tetapi sebaliknya mereka yang akhirnya terpaksa bayar untuk gula-gula kerajaan.

"Pertarungan sengit untuk meraih undi mendorong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pembangkang PR menjanjikan lebih banyak langkah yang populis.
"Anda boleh gelarkannya politik Santa Claus," tulis Reme Ahmad penolong pengarang berita luar dalam akhbar Straits Times dalam laman pendapat untuk edisi hari Ahad.
Beliau menegaskan Najib, yang mengetuai Barisan Nasional (BN), telah menabur lebih banyak "saguhati" wang tunai untuk meringankan kos sara hidup yang meningkat yang menjadi isu keutamaan buat 40 peratus daripada 13.3 juta pengundi yang masih bergelut dengan isu-isu asas seharian; isyarat bahawa lebih banyak diberikan jika kerajaan sedia ada kekal memerintah.
Antara berbilion ringgit gula-gula yang beliau senaraikan adalah pemberian bantuan tunai RM500 kepaa setiap isi rumah, RM200 rebat telefon pintar kepada ribuan remaja, RM250 baucar buku pelajar sekolah dan pada minggu lepas pengumuman kenaikkan gaji kepada 230, 000 polis dan askar—yang dianggap sebagai kelompok utama menyumbangkan undi tetap kepada pemerintah.
Penulis juga menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR), yang juga dilihat sebagai pesaing mantap untuk merampas kuasa pusat buat kali pertama, turut menjanjikan banyak gula-gula.
Antara yang disenaraikan beliau ialah pendidikan percuma, tarif perkhidmatan utiliti yang lebih rendah, mengurangkan kos pengangkutan keatas kereta dan petrol serta tol lebuh raya yang menjadi kunci utama dalam manifesto PR yang dilancar bulan lepas.
"Tetapi yang merisaukan ialah ahli politik yang mengheboh-hebohkan.
"Tetapi semua gula-gula dikeluarkan atau dijanjikan, mampukan kerajaan selepas ini memindahkan lebih banyak wang awamke arah aktiviti-aktiviti yang produktif seperti menaik taraf pelabuhan dan meningkatkan pendidikan pekerja, atau mungkinkah mereka terpaksa memberi lebih banyak gula dan rempah kepada pengundi yang sudah mendapat manfaat daripada semua yang baik?" soal penulis.
Reme berkata realitinya semua gula-gula janji dan urusniaga dengan lebih banyak saguhati tidak semestinya akan menarik sokongan pengundi, menurut beberapa pemerhati politik yang berkata disini.
"Realiti yang teruk ialah lebih banyak kamu beri, lebih banyak mereka mahu.
"Tujuan kedua ia semua hadiah percuma tersebut harus dibayar oleh seseorang yang berada dalam garisan tersebut," kata Reme.
Beliau menegaskan Malaysia sudah berada dalam tahun ke-16 bajet defisit sejak Krisis Kewangan Asia 1997 dimana wang digunakan untuk dibayar keatas belanja kerajaan datang daripada cukai dan "bank-bank rakus lain seperti syarikat minyak Petronas".
Beliau mengingatkan hasil cukai yang mungkin boleh dibelanjakan untuk membina jalan raya baru sebaliknya boleh disalurkan untuk tujuan lain bagi memastikan janji-janji pilihan raya politik, seperti subsidi harga petrol atau membayar pampasan kepada syarikat lebuh raya untuk menghapuskan tol.
"Dalam kata lain, mereka akan dibayar oleh pengundi yang sama menyangka mereka mendapatnya ecara percuma," kata beliau. -

Related Posts

Gula_gula pilihanraya
4/ 5
Oleh