Khamis, 7 Mac 2013

Aquino berkayakinan wujudnya konspirasi

RAKYAT Filipina membawa sepanduk membantah serangan pasukan keselamatan Malaysia terhadap pengganas Sulu semasa mengadakan demonstrasi dekat Istana Presiden di Manila, semalam.

MANILA 6 Mac - Presiden Filipina, Benigno Aquino percaya terdapat pihak yang membantu dalam menyediakan sumber kewangan untuk membolehkan kumpulan pengganas pimpinan Jamalul Kiram III menceroboh Sabah.

Agensi berita, Malaya - Business Insightkelmarin melaporkan Aquino berkata, keluarga Kiram tidak mampu bertindak sendiri berdasarkan kedudukan kewangan mereka ekoran Kiram sendiri tidak mampu membayar kos rawatan penyakit buah pinggangnya.

Beliau berkata, Kiram, 74, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dibantu oleh Pejabat Kebajikan Filipina untuk membayar kos sesi dialisis.

''Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian ini. Jadi di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan.

''Justeru, semua keadaan menunjuk ke arah konspirasi,'' katanya.

Menurut Aquino, Jabatan Keadilan kini menyiasat penglibatan dan mungkin memfailkan tindakan undang-undang ke atas beberapa sekutu kerajaan bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo, yang didakwa mencetuskan pencerobohan itu.

''Kerajaan tahu mengenai identiti mereka manakala yang lain masih tidak diketahui.

''Bagaimanapun, kerajaan masih belum mempunyai bukti cukup untuk mendakwa mereka,'' katanya yang tidak menyebut nama-nama suspek terbabit.

Beliau juga enggan mengulas sama ada siasatan itu melibatkan Arroyo dan bekas Penasihat Keselamatan Nasional, Norberto Gonzales.

Aquino berkata, kerajaan bersedia dengan semua kemungkinan kesan daripada pencerobohan Sabah itu.

Katanya, beliau memahami keputusan Malaysia yang menggunakan tindakan ketenteraan dalam menangani kumpulan Kiram.

''Jika situasi terbalik dan kumpulan bersenjata menceroboh Filipina, kerajaan kita juga akan menggunakan pendekatan yang sama dalam memastikan keselamatan warganegara,'' katanya. - AGENSI

Related Posts

Aquino berkayakinan wujudnya konspirasi
4/ 5
Oleh