Khamis, 8 November 2012

Menteri Pengangkutan tidak tahu apa-apa tentang AES

KUALA LUMPUR 8 NOVEMBER: Samada ia satu jenaka atau sengaja menzahirkan kebodohan, namun kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Chong Ha yang bersungguh-sungguh mahu AES dilaksanakan mengejutkan apabila mendakwa dia tidak tahu-menahu mengenai latar belakang syarikat kontraktor pemasangan sistem berkenaan.

 Kenyataan Chong Ha itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan pertikaian samada dia layak atau tidak menjadi Menteri Pengangkutan kerana mendakwa “tidak tahu apa-apa dan tidak berbuat apa-apa”.

Pada Isnin lalu, Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Chang Lih Chang telah membongkarkan maklumat bahawa sebuah daripada syarikat pemasangan sistem AES itu ada kaitan dengan UMNO Johor.

Malah, menurutnya, seorang daripada pemegang saham terbesar syarikat terbabit dimiliki anak sulung kepada Ketua UMNO Bahagian dan Timbalan Ketua Wanita UMNO Johor. Lebih menarik perhatian, kedua-dua mereka juga dikatakan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Dalam satu kenyataan media, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, menurut laporan Oriental Daily News pula, Chong Ha menyatakan beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pemilik saham syarikat terbabit.

“Dia juga menyatakan bahawa kontrak pemasangan yang dianugerah kepada kedua-dua syarikat itu dilulus oleh Kabinet pada 2008 sebelum dilantik sebagai menteri.

“Itu adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Jika Chong Ha tidak tahu-menahu mengenai maklumat penting itu, beliau wajar menangguhkan pelaksanaan AES,” katanya.

Guan Eng juga menyifatkan Menteri Pengangkutan itu sebagai “burung unta yang cuba menyorokkan kepalanya di dalam pasir” dan menyarankan menteri terbabit meletakkan jawatan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui kebenaran di sebalik isu yang hangat diperkatakan sekarang tambahan kontrak itu tidak dilakukan secara tender terbuka.

Akibat daripada pelaksanaan AES, saman yang dikeluarkan telah dikomersil dan diswastakan di mana dua syarikat terbabit akan mendapat komisen daripada setiap saman bagi 831 kamera yang dipasang.

“Ternyata, perjanjian perkongsian keuntungan ini tidak langsung menjaga kepentingan awam malahan memberi keuntungan kepada syarikat kroni BN sahaja,” katanya.

Pemasangan AES bukan saja mendapat bantahan PR dan rakyat malah ia turut mendapat tentangan beberapa Ahli Parlimen BN sendiri kerana pelaksanaannya bakal mengundang lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya di negara ini.-Roketkini.com

Related Posts

Menteri Pengangkutan tidak tahu apa-apa tentang AES
4/ 5
Oleh