Khamis, 1 September 2011

PAS: Negara perlu lebih ramai pejuang ‘berani’ macam Dr Hassan

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Dewan Pemuda PAS pusat mengibaratkan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad, yang meninggal dunia semalam, sebagai “bapa” yang tidak jemu-jemu mendidik “anaknya” dalam kebanyakan isu, terutama dalam isu kontroversi dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

 “Setiap bibit nasihat dan ketegasan beliau akan dijadikan azimat kepada Dewan Pemdua PAS dalam meneruskan hasrat murni Almarhum untuk melihat bangsanya mulia menjunjung bahasa ibunda,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini..

Allahyarham Hassan meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya petang semalam dan akan dikebumikan hari ini..

Nasrudin menambah, Dewan Pemuda PAS sedia memikul dan meneruskan amanat perjuangan Almarhum dan mengharapkan lebih ramai tokoh akademik dan profesional mengikuti jejak langkah beliau yang “komited, berani, tidak mengenal penat dan turun ke lapangan, demi perjuangan untuk menegakkan yang hak.”.

Katanya, Dewan Pemuda PAS pusat bukan sahaja mengiktiraf ketokohan dan jasa Allahyarham dalam bidang kesusasteraan dan pembangunan linguistik tanah air, khususnya peranan beliau ketika di DBP, Unesco dan Yayasan Karyawan, malah sangat mengagumi semangat kental beliau dalam mengangkat martabat bahasa yang wajar dicontohi oleh generasi muda hari ini..

“Belum reda kesedihan kami anak-anak muda tanah air, malah ia kesedihan yang dikongsi oleh seluruh warga negara atas pemergian seorang tokoh ulama terkenal pada 1 Syawal kelmarin, hari ini (semalam) kesedihan berganda apabila negara diberitakan dengan pemergian Datuk Dr Hassan Ahmad seorang pejuang bahasa yang gigih,” katanya merujuk kepada toloh ulama Hashim Abu Bakar yang meninggal dunia kelmarin.

Related Posts

PAS: Negara perlu lebih ramai pejuang ‘berani’ macam Dr Hassan
4/ 5
Oleh