UMNO Selangor hari ini bagaikan "tin kosong yang dipalu kencang" tetapi tiada keupayaan apabila mendepani asakan kempen KEADILAN Selangor dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.
Kempen "JELAS- Tawan Malaysia!" yang sudah pun masuk fasa kedua bermula malam ini di Sepang dan perasmian esok di Tanjong Karang mempamerkan kesediaan Pakatan Rakyat, khususnya KEADILAN Selangor bertempur dalam PRU ke-13 akan datang.
UMNO Selangor ternyata masih lemah lesu dalam gerak kerja mereka kerana ketandusan pelapis kepimpinan muda berwibawa dari kalangan mereka, terutama di kalangan Ahli Dewan Negeri untuk membawa wadah perjuangan dalam era politik baru pasca 2008 di dalam dan luar Dewan Negeri.
Barisan kepimpinan UMNO warisan Khir Toyo yang masih ada di Sepang contohnya, masih selesa dengan pendekatan provokasi seperti membuang kain rentang program kerajaan negeri Pakatan Rakyat malam tadi, sudah semakin kehilangan arah, cemas dan bungkam!
KEADILAN Selangor melihat kepimpinan muda di dalam UMNO Selangor telah lama dipinggirkan dan terbiar hingga mereka kaku untuk bergerak. UMNO Selangor sebenarnya kian terkapai kelemasan memahami landskap politik baru budaya baru dan kini hanya bergantung harap pada retorik Noh Omar semata mata.
Ketidakupayaan UMNO Selangor ini makin parah ditambah lagi dengan perpecahan yang semakin melebar di dalam organisasi UMNO Selangor itu sendiri. Tidak cukup dengan kewujudan dua kem besar dalam UMNO Selangor sebelum ini, di antara Noh Omar dan Khir Toyo, perencanaan politik bekas Menteri Kerja Raya; Md Zain dan Ketua Pembangkang "yang hanya bergigi dalam dewan" Satim Diman juga tidaklah dipandang sepi oleh Noh. Kehadiran kuasa baru dalam politik UMNO Selangor yang didokong oleh mereka yang kecewa "tidak banyak bersambut tangan" di kalangan akar umbi UMNO walaupun ada sedikit ombak kecil yang dibawa. Keadaan ini membuatkan UMNO Selangor terbahagi kepada empat kumpulan yang sukar bersatu.
Masalah dan kemelut berterusan kepimpinan atasan UMNO Selangor ini juga sudah mula merebak ke peringkat Bahagian UMNO Selangor hingga kocakannya sampai di beberapa Bahagian; antaranya Sepang, Gombak, Sungai Besar, Hulu Langat, Ampang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sabak Bernam. Rekahan kepimpinan di Sepang, Kota Raja dan Sungai Besar "sudah seperti empangan pecah" yang tidak mampu ditutup lagi. Bukan rahsia renggangnya hubungan Adun Tg Sepat dan Dengkil dengan Ahli Parlimen Sepang.
Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim benar-benar membuatkan UMNO/BN Selangor "mati kutu". Apatah lagi dengan KEADILAN Selangor dipimpin dengan baik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Azmin Ali, mematikan terus langkah UMNO Selangor. Hanya sebaran video dan bahan lucah sahaja yang termampu mereka lakukan waktu ini.
KEADILAN Selangor ingin menegaskan, UMNO Selangor usahlah bermimpi untuk mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Selangor ini kalau masalah dalaman UMNO Selangor yang "berkudis parah menjadi barah" masih belum dapat diselesaikan.
Mana mungkin nasib rakyat akan terbela jika UMNO Selangor masih teraba-raba mencari calon Menteri Besar yang berwibawa yang mampu membuang arang di muka UMNO? Apatah lagi berhadapan dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang terkenal dengan ketelusannya.
Menteri Besar paling menonjol semasa zaman UMNO memerintah Selangor dahulupun kini sedang bergelut dengan palitan lumpur yang dicalit oleh rakan partinya sendiri.
Selagi UMNO tidak mampu keluar dari kepompong politik zaman batu, KEADILAN Selangor yakin, UMNO Selangor tiada keupayaan kembali memegang kuasa di Selangor, bahkan cengkamannya akan hilang dari Putrajaya sedikit waktu lagi.
oleh Shuhaimi Haji Shafiei selaku Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Sri Muda.-merdekareview

UMNO/BN Selangor tiada keupayaan untuk ambil semula Selangor!
4/
5
Oleh
Admin