Sabtu, 4 Jun 2011

Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS



Pemimpin veteran, Mohamad Sabu menang sebagai Timbalan Presiden PAS, setelah menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lagi calon Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara penyandang jawatan Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar berjaya mempertahankan jawatan, dan Husam Musa kembali semula untuk mengisi satu lagi kerusi Naib Presiden.

Mohamad Sabu , atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu meraih 420 undi, iaitu kira-kira 40% daripada 1,043 undi yang sah. Nasharuddin Mat Isa hanya memperolehi 224 undi, dan Tuan Ibrahim mendapat 399 undi, iaitu 21 undi ketinggalan berbanding Mat Sabu.

Dalam pemilihan pada tahun 2009, Nasharuddin Mat Isa mempertahankan jawatan Timbalan dengan 480 undi, lantaran daripada berpecahnya undi antara Husam (281 undi) dengan Mat Sabu (261 undi), yang membawa jumlah kepada 542 undi. Kali ini, nasib pula memihak kepada Mat Sabu, apabila undi "golongan ulama" berpecah antara Tuan Ibrahim dan Nasharuddin, yang akhirnya memberi kemenangan kepada Mat Sabu.

Nizar undi terendah dalam pertandingan Naib Presiden

Untuk jawatan Naib Presiden pula, dua orang penyandang, juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, iaitu Salahuddin Ayub (753 undi) dan Mahfuz Omar (616 undi) berjaya mempertahankan jawatan mereka, sementara Husam Musa kembali selepas tewas dalam pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 2009 - dengan 660 undi.

Tiga orang lagi calon Naib Presiden adalah Idris Ahmad (491undi), Nik Mohd Amar Nik Abdullah (321 undi) dan Nizar Jamaluddin (217 undi).

Dalam pemilihan pada tahun 2009, Salahuddin Ayub meraih 824 undi, sementara Mahfuz Omar mendapat 636 undi, dan Tuan Ibrahim yang memperolehi undi tertinggi, 871 undi dalam pertandingan Naib Presiden. Keputusan yang diumumkan hari ini memperlihatkan bahawa Mahfuz mengekalkan sokongannya, sementara Salahuddin Ayub kehilangan sedikit undi. AJK pusat yang meraih undi tertinggi pada tahun 2009, Nizar Jamaluddin, kecundang pula dengan undi terendah dalam Naib Presiden, kali ini.- MerdekaReview

Mohamad Sabu sah menang kerusi jawatan timbalan presiden PAS dalam percubaan kali kedua dengan menewaskan dua calon termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, sekali gus menyaksikan barisan kepimpinan parti itu kali ini dikuasai kumpulan profesional.

Mohamad, bekas naib presiden, memperoleh 420 undi — keputusan yang dilihat menarik perhatian banyak pihak di dalam dan luar parti itu.

Nasharudin yang menyandang jawatan itu sejak 2005 hanya menerima 224 undi manakala seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat 399 undi.

Pemilihan PAS diadakan setiap dua tahun sekali.

Selepas tewas pemilihan 2009 Mohamad yang mesra dipanggil “Mat Sabu” dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Di peringkat naib presiden Salahuddin Ayub dan Datu Mahfuz Omar mengekalkan kerusi masing-masing dan Datuk Paduka Husam Musa kembali dipilih ke jawatan itu.

Salahuddin menerima undi terbanyak iaitu 753, Husam di tempat kedua dengan 660 undi manakala Mahfuz 616 undi.

Tiga lagi calon iaitu Idris Ahmad, Datuk Mohd Omar Abdulalh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin masing-masing menerima 491, 321 dan 217 undi.-themalaysianinsider

Related Posts

Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS
4/ 5
Oleh