Home » » Putrajaya benar 135 Muslim keluar Islam

Putrajaya benar 135 Muslim keluar Islam

Written By kiff isme on Selasa, 14 Jun 2011 | Jun 14, 2011

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Kerajaan persekutuan membenarkan 135 Muslim meninggalkan Islam antara tahun 2000 dan 2010, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata seramai 686 Muslim telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Syariah di seluruh negara untuk meninggalkan Islam sepanjang satu dekad itu.

Butiran lanjut tidak diberikan kecuali pecahan mengikut negeri.

Sabah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 237 membuat permohonan dengan 67 dibenarkan oleh mahkamah dan disusuli Negeri Sembilan (172, 33 diluluskan), Wilayah Persekutuan (56, 10) dan Pulau Pinang (36, 1).

Sarawak dan Terengganu merekodkan kes murtad terendah dengan masing-masing satu manakala tiada kes langsung di Kelantan.

“Dalam menangani isu murtad, Jabatan Agama Islam Negeri sentiasa mengadakan program dan aktiviti bagi mengelakkan insiden ini daripada berlaku khususnya di kalangan saudara baru.

“Antara program yang ditawarkan ialah perkhidmatan kaunseling, kelas pengukuhan agama, kelas-kelas agama dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (Bakri-DAP).

Lazimnya, Muslim tidak dibenar meninggalkan agama di Malaysia kecuali dalam kes-kes tertentu seperti yang membabitkan saudara baru.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.