Home » » Raja Petra :Saya tak pernah tuduh Najib dan isteri terlibat Kes Altantuya

Raja Petra :Saya tak pernah tuduh Najib dan isteri terlibat Kes Altantuya

Written By kiff isme on Khamis, 14 April 2011 | April 14, 2011

Raja Petra :Saya tak pernah tuduh Najib dan isteri terlibat Kes Altantuya


KUALA LUMPUR, 13 April – TV3, stesen prokerajaan, hari ini menyiarkan temu bual eksklusif dengan Raja Petra Raja Kamaruddin yang mendakwa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.



Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

“Dalam SD (akuan bersumpah) saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.

“Dan, pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD,” kata Raja Petra yang kini berada di Australia.

“Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap.

“Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini ke depan,” kata beliau.

Kata Raja Petra, beliau telah menyebutkan nama-nama orang terbabit.

“Saya sebut semasa siasatan polis,” katanya lagi.

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil.

“Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot,” katanya lagi.

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.--The Malaysian Insider.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.