Sabtu, 16 April 2011

PRN Sarawak : TPM kata Anwar cabut lari takut kalah

PRN Sarawak : TPM kata Anwar cabut lari takut kalah


TPM kata:


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan khabar angin kononnya pembangkang sudah berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya Sarawak, Sabtu.

Beliau berkata, khabar angin berkenaan tidak benar kerana proses pengundian yang bermula pukul 8 pagi tadi masih berlangsung dan hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.

"Ada berita khabar angin di Internet yang dibuat oleh pembangkang kononnya mereka sudah menang, BN di Sarawak sudah tumbang, manakala pakatan pembangkang ambil alih.

"Ini merupakan satu pembohongan, pengundian belum selesai... undi pun belum dikira," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, Sabtu.

Tambah beliau, tindakan menyebarkan khabar angin seumpama itu hanya dibuat oleh kumpulan terdesak justeru berharap agar rakyat tidak mudah terpedaya.

"Kita ada tempoh dua jam lagi (sehingga pengundian ditutup)... saya minta rakyat jangan terpengaruh dengan penyebaran berita palsu seumpama itu," katanya.


Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah meninggalkan Sarawak.

Menurutnya, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang menuju ke London atau Amerika Syarikat.

"Kalau mereka menang mesti beliau tunggu sampai habis, kenapa awal-awal sudah tinggalkan Sarawak?

"Anwar sudah serahkan tugas kepada ketua-ketua tempat mengundi kononnya takut jadi apa-apa," katanya.

Taib Mahmud kata:

Ketua Menteri, Tan Abdul Taib Mahmud berkata beliau akan membuktikan ramalan pembangkang adalah salah apabila mendakwa mereka akan memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-10 yang berlangsung hari ini.

"Saya akan buktikan bahawa ramalan berkenaan salah," katanya ketika diminta mengulas mengenai ramalan bahawa pembangkang mampu memperoleh sekurang-kurangnya 30 kerusi pada pilihan raya berkenaan.

Beliau ditemui selepas membuang undi di pusat mengundi Dewan Datuk Merpati Jepang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Bagaimana Abdul Taib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak enggan mengulas lanjut berhubung keyakinannya itu sebaliknya meminta semua pihak menunggu keputusan rasmi.

Ditanya perkembangan suasana proses pengundian hari ini, Abdul Taib berkata semuanya berjalan lancar sama seperti kebiasaan hari lain.

"Sama seperti hari-hari lain, sehingga kini prosesnya berjalan lancar. Kami di Sarawak berjaya mengekalkan sistem politik dan proses mengundi dalam keadaan yang aman walaupun berlaku sedikit perubahan.

"Namun saya berbangga apabila rakyat tidak terpengaruh dengan pelbagai taktik tidak sihat yang berlaku," katanya.

Malah Abdul Taib turut menasihati rakyat supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

"Keluarlah mengundi, kepada siapa mereka memberi undi, itu terpulang kepada mereka," katanya.

Abdul Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin BN mampu mengekalkan kemenangan di Sarawak dengan keputusan yang baik.

Pilihan raya kali ini mencatat rekod tersendiri apabila sejumlah 213 calon bertanding bagi merebut 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.

BN bertanding di 71 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (49), DAP (15), Parti Kebangsaan Sarawak (26), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (6) dan Bebas (41).

Kata-kata Di kedai kopi:
BN menang melalui tipu muslihat mereka,dengan ramainya pengundi hantu
BN ada lebih 18 000 Undi POS!!!
Majoriti 2/3 pasti akan berlaku.

Related Posts

PRN Sarawak : TPM kata Anwar cabut lari takut kalah
4/ 5
Oleh