KUALA LUMPUR, 9 April: Pakatan Rakyat mampu menawarkan tawaran lebih baik jika memerintah negara ini bukan sebagaimana yang dituduh oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin semalam.
Bagi banyak pihak, Muhyiddin Yassin sebenar tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana percakapannya seperti budak-budak apabila mencabar pembangkang menawarkan RM10 bilion untuk membasmi kemiskinan di Sarawak.
Menurut mereka, kerajaan yang memerintah iaitu BN bukan saja mampu menawarkan RM10 bilion malah lebih daripada itu kerana banyak hasil yang dikaut Kerajaan Pusat daripada Bumi Kenyalang itu.
Hasil yang ditabur itu semuanya yang dikaut daripada rakyat, tetapi pengagihan hasil kepada negeri-negeri tidak setimpak dengan hasil dikaut daripada Sarawak.
Menurut pandangan itu, Pakatan Rakyat pun kalau memerintah boleh menawarkan lebih daripada RM10 bilion jika berjaya memerintah negara.
Lihat saja apa yang dilakukan di beberapa negeri yang diperintah pembangkang, termasuk Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kedah.
Semalam, Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya untuk pilihan raya negeri Sarawak.
Ia dilancarkan oleh beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri dan pusat antaranya Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP, Lim Kit Siang dan AJK kanan PAS Pusat, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin di samping beberapa calon Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini.
Namun wartawan TV3 nampaknya tidak mengenali pemimpin PAS sehingga melaporkan dalam Buletin Utama malam tadi dengan penyataan "kelibat pemimpin tidak kelihatan di majlis ini".
Sepuluh perkara yang terkandung di dalamnya ialah kebebasan kepercayaan, pentadbiran yang baik, reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, pembasmian kemiskinan, hubungan persekutuan negeri Sarawak yang lebih hijau, layanan adil kepada semua rakyat Sarawak, kebudayaan dan pendidikan, hak wanita dan melabur dalam masa depan.
Bagi reformasi tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra, Pakatan Rakyat memberi jaminan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumitputra bagi menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR),dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoal sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.
Ramai berpendapatan, negeri sekaya Sarawak yang mempunyai banyak hasil sepatutnya tidak ada rakyat miskin, sedangkan selama BN memerintah hanya mengurangkan kadar kemiskinan setelah sekian lama memerintah.
Hasil Sarawak kalau tidak disalahgunakan, boleh dikatakan semua rakyat Sarawak hidup mewah, tetapi apa yang berlaku sekarang hanya golongan tertentu yang kaya raya, sedangkan rakyat masih dihimpit kemiskinan.
Begitu juga Kelantan, jika hasil royalti minyak diberikan kepada kerajaan negeri, rakyat Kelantan sudah menjadi yang terkaya di Malaysia, tapi malang sikap jahat kepimpinan kerajaan BN yang tidak memberi hasil royalti seperti yang sepatutnya.
Rakyat di negeri yang diperintah pembangkang sebenarnya tidak bersungut tetapi mencetuskan kekalutan dan mempertikaikan apa yang dilaksanakan kerajaan negeri terbabit adalah pemimpin dan penyokong Umno.
BN kebelakangan ini menunjukkan kebaikannya kerana bimbang rakyat akan bertindak menumbangkan mereka pada pilihan raya umum nanti, begitu juga dengan di Sarawak hingga sanggup menawarkan pelbagai insentif yang belum tentu dilaksanakan setelah kekal memenangi pilihan raya itu.-hd
Pakatan lebih baik jika memerintah
4/
5
Oleh
Admin