Khamis, 7 April 2011

Menteri yang dangkal fikirannya



KUCHING 7 APRIL : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz membuat kenyataan dangkal apabila mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak untuk memastikan sama ada individu dalam video lucah yang disebarkan adalah suaminya, Anwar Ibrahim.

Azizah kelmarin menegaskan individu itu bukan suaminya berasaskan susuk badannya dan menggesa Nazri supaya tidak merekacipta alasan bagi menghalalkan penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk terus mengaibkan suaminya.



Azizah berkata dalil Nazri bahawa beliau tidak boleh menentukan sama ada lelaki itu adalah Anwar tidak masuk akal.

"Kalau ada kemalangan mana-mana, kalau saudara Anwar didapati (terlibat), saya (sebagai isteri tentu) akan dipanggil untuk membuat pengecaman. Jadi, (selaku isteri) saya memang layak untuk mengatakan (lelaki misteri dalam klip video fitnah) itu suami saya atau tidak," kata beliau di Tupong, Kuching.

Nazri semalam berkata beliau mahukan Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat sama ada individu dalam rakaman itu adalah Anwar kerana kerajaan tidak boleh menerima penolakkan Wan Azizah.

Menurut beliau, kerajaan Umno-BN akan terpalit dengan tuduhan terlibat dalam video seks itu berikutan penafian Wan Azizah.

Kenyataan Nazri itu menerima cemuhan pelbagai pihak kerana dilihat cuba menggunakan Suruhanjaya diRaja untuk “membersihkan” Umno daripada dikaitkan dengan
video lucah itu.

Mengulas kekhuatiran Nazri itu, Wan Azizah berkata “"siapa makan cili tentulah terasa pedasnya.”

Wan Azizah juga menolak cubaan beberapa pimpinan Barisan Nasional untuk mengemukakan usul di Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya itu.

Bagaimanapun usul itu “tenggelam” setelah Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan video itu ditayangkan atas alasan ia bukan cara Islam dan melanggar kemuliaan dewan.

"Yang nak buat Suruhanaya Diraja itu, memang tidak perlu pergi ke Parlimen. Itu jawapan saya. Dia (Mohd Nazri) nak buat atau tidak (terpulang), tetapi ada isu yang lain (lebih penting)," tegas Wan Azizah.

Tambah beliau, sepatutnya penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) bertumpu pada kes yang boleh mencemarkan kepentingan negara seperti kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Sharibuu yang dikaitkan dengan komisyen pembelian kapal selam oleh kerajaan.

"Saya tidak setuju dengan Datuk Nazri yang mendakwa kes kematian Teoh Beng Hock adalah perkara kecil...saya rasa itu adalah masalah-masalah negara yang begitu runcing dan perlu ditangani segera," beliau menambah.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata kematian terbaru membabitkan seorang pegawai kastam di bangunan SPRM di Jalan Corhrane, Kuala Lumpur sepatutnya mendorong Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk menubuhkan Suruhanjaya di Raja bagi menyiasat SPRM secara menyeluruh.

Baginya, kerajaan yang diteraju oleh Barisan Nasional patut "membersihkan segala kotoran" dalam SPRM demi memulihara kembali integriti serta nama baik negara di persada nasional.

Tuntas dari itu, beliau secara peribadi meminta Mohd Nazri pula menjelaskan motif di sebalik usaha Umno menubuhkan Suruhanjaya diRaja yang baginya berbau “suatu konspirasi terancang untuk terus mengaibkan Anwar sempena pilihan raya negeri Sarawak ke-10 sekarang".

Related Posts

Menteri yang dangkal fikirannya
4/ 5
Oleh