Khamis, 7 April 2011

Kes Sarbani: PM arah siasatan menyeluruh, tidak tubuh suruhanjaya

Anggota keluarga dan rakan Ahmad Sarbani menunggu jenazah Allahyarham di kuarters ibu pejabat Kastam di Kelana Jaya pagi tadi. — Foto oleh Jack Ooi
Sepatutnya kes-kes sebegini ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk menyiasatnya demi kepentingan awam,bukan ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat video hitam putih.

KUCHING, 7 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian pegawai Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbani Mohamed di premis agensi antirasuah itu di Kuala Lumpur, semalam.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaska, pentadbirannya tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.



Pelbagai pihak meminta agar Putrajaya mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat insiden membabitkan Ahmad Sarbani, penolong pengarah Kastam.

Meskipun insiden itu ada kesamaan dengan nasib yang menimpa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock dua tahun lalu, Najib menjelaskan, persekitaran adalah berbeza memandangkan Ahmad Sarbani tidak berada dalam siasatan ketika kejadian.

“Daripada apa yang saya diberitahu, dia (Ahmad Sarbani) telah pergi ke pejabat SPRM secara sukarelawa untuk mengubah kenyataan dia. Apabila pegawai SPRM meninggalkan (dia sementara) untuk mengambil kenyataan, itu yang berlaku,” kata Najib di sini hari ini.

“Ia berlaku dalam sekelip mata,” kata Perdana Menteri sambil menambah, “ia berbeza berbanding (kes) Teoh Beng Hock.”

Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, Najib yang juga Pengerusi BN mengakui meskipunn kepercayaan awam terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan terjejas, kerajaan akan meneruskan usaha membersihkan Kastam Diraja Malaysia daripada tindakan tidak bertanggungjawab yang melarikan jutaan ringgit milik perbendaharaan negara.

Dalam kejadian mengejutkan dan menggemparkan negara semalam, Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan pagi semalam.

Menurut SPRM, Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Najib berada di Sarawak sempena kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Related Posts

Kes Sarbani: PM arah siasatan menyeluruh, tidak tubuh suruhanjaya
4/ 5
Oleh