Home » » BN dalam keadaan genting?

BN dalam keadaan genting?

Written By kiff isme on Ahad, 10 April 2011 | April 10, 2011

Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak yang baru melawat Kuching kelmarin, akan kembali semula ke bumi kenyalang pada hari esok, malah akan berulang-alik antara Semenanjung dengan Sarawak, sehinggalah Jumaat minggu depan. Jadual perjalanan Najib mencungkil pertanyaan, sama ada keadaan di Sarawak telah menjadi genting buat BN?

Sejak hari penamaan calon pada 6 April, ceramah anjuran DAP di kawasan bandar seperti Kuching, Sibu dan Miri mendapat sambutan yang hangat, malah "angin perubahan" juga kencang di sesetengah kawasan bumiputera. Najib yang baru sahaja menjelajah hampir semua pelusuk di kawasan Kuching kelmarin, akan kembali semula ke sini pada hari esok untuk program mesra rakyat.



Menurut notis media yang diedarkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Najib akan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada jam 7.40 petang esok, dan akan menghadiri program mesra rakyat di stadium tertutup MBKS di Bintawa Kuching pada jam 8.30 malam.

Kemudian, Najib akan melawat Kuching, Betong, Lubok Antu pada keesokannya, dan bertolak balik ke Kuala Lumpur. Pada 12 April, Najib akan kembali ke Kuching pada waktu malam, melawat Engkilili, Sebuyau dan Kuching pada 13 April. Pada malam 13 April, Najib akan meneruskan perjalanan ke Miri, dan melawat Marudi, Ba'kelalan, Limbang dan lain-lain lagi pada 14 April.

Pada 15 April, Najib akan menjelajah kawasan Miri, termasuk Kapit, Song dan sebagainya, sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada jam 1.45 petang.

Apa yang menarik, kawasan di mana Najib turun untuk lawatan adalah kawasan "panas" yang disenaraikan ahli akademik. Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Faisal Syam Hazis (gambar kiri) sebelum ini menyenaraikan 29 kawasan hangat, antaranya 15 kawasan majoriti pengundi Cina, 7 kawasan Iban, 3 kawasan Melayu/Melanau, 2 kawasan Bidayuh dan 2 kawasan orang Ulu. Menurut beliau, 29 kawasan tersebut bakal menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan Pakatan Rakyat.

Tujuh kawasan Iban adalah Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Ngemah, Pelagus, Kemena, dan Batu Danau.

Tiga kawasan Melayu/Melanau adalah Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas.

Dua kawasan Bidayuh adalah Kedup dan Bengoh.

Dua kawasan orang Ulu adalah Belaga dan Ba'Kelalan.

SUPP memisahkan diri dari Taib Mahmud

Sentimen "Undur Taib" semakin menyemarak sejak pilihan raya negeri berlangsung, terutamanya di beberapa kawasan bandar yang majoritinya pengundi Cina. Kawasan bandar ini kebanyakannya dipertandingkan calon SUPP, yang kelihatan semakin sukar untuk menangkis tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa terhadap kerajaan Taib Mahmud. Malah, teori "wakil dalam kerajaan" oleh SUPP turut disanggah oleh pembangkang.

Calon SUPP Pending Sim Kui Hian misalnya, cuba mengaitkan program Taman Kenyalang Rivival dan "Bintang Walk" di Jalan Padungan dengan kerajaan persekutusan dan PM Najib, mungkin sebagai petanda untuk mengasingkan diri daripada Taib Mahmud. Malah, slogan "transformasi" SUPP juga adalah tiruan daripada slogan Najib.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.