Ahad, 3 April 2011

10 terbunuh pada hari kedua protes membakar al-Quran

membakar al-Quran


KANDAHAR, 3 April — Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 83 cedera di bandar Kandahar, selatan Afghanistan - pada hari kedua protes ganas ekoran tindakan membakar al-Quran oleh kumpulan fundamentalis radikal Kristian di Florida, Amerika Syarikat bulan lalu.

Serangan berani mati juga disaksikan di pangkalan tentera NATO di Kabul, sehari selepas pejabat misi PBB di Mazar-i-Sharif, di utara Afghanistan, dan membunuh tujuh staf asing.



Ia merupakan serangan paling buruk ke atas pejabat PBB di Afghanistan.

Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa bendera putih Taliban.

Dua yang terbunuh adalah anggota polis Afghanistan, kata seorang pegawai.

Duta PBB Staffan de Mistura berkata, pihaknya akan mengkaji semula aspek keselamatan tetapi tidak akan meninggalkan negara itu ekoran serangan kelmarin.

Penunjuk perasaan marah dengan tindakan Pastor Terry Jones yang menyelia tindakan membakar al-Quran di depan 50 orang di gereja yang diketuainya di Florida, 20 Mac lalu.

Kelmarin, beribu-ribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan marah dengan tindakan Jones mengetuai kerja-kerja membakar al-Quran menyerbu pejabat PBB selepas solat Jumaat di bandar Mazar-i-Sharif.

Jones, 58, yang mengetuai gereja kecil di Gainesville, Florida, mengundang kecaman antarabangsa pada September lalu ekoran rancangannya untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001.

Ekoran protes itu, Jones kemudian membatalkan rancangannya untuk membakar al-Quran termasuk selepas campur tangan White House.

Bagaimanapun beliau kekal mengkritik Islam sambil mendakwa bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Pengadilan Al-Quran dan kemudian menyelia tindakan membakar al-Quran. — Reuters

Related Posts

10 terbunuh pada hari kedua protes membakar al-Quran
4/ 5
Oleh