Jumaat, 11 Februari 2011

Tembak kuda dulu untuk jatuhkan orang

Senario politik telah berubah. Keputusan PRK Tenang menyaksikan pola pengundian di mana semakin tinggi kadar pengundi Cina, maka semakin tinggi kadar undi untuk PAS. Kini, kebanyakan pengundi Cina akan menyokong "orang Melayu Pakatan Rakyat" - ketika membuat pilihan antara "orang Cina UMNO (MCA)" dengan "orang Melayu Pakatan Rakyat (PAS dan PKR)".

PAS dibantu kedua-dua rakan partinya, DAP dan PKR dalam PRK Tenang kali ini. DAP terutamanya, menurunkan pemimpin peringkat kebangsaannya untuk berkempen

Matlamat strategi DAP adalah supaya prestasi PAS mengatasi DAP. Keputusannya menyaksikan matlamat ini tercapai.



Namun, apa yang membimbangkan BN adalah, perbezaan kadar undi Cina yang diperolehi DAP dan PAS semakin rapat.

Persoalan yang tercungkil di sini adalah, apakah PAS akan menjadi MCA versi Melayu? Sebelum ini, ada pandangan bahawa PAS mungkin tidak senang apabila DAP menyindir MCA kerana kehilangan sokongan Cina. Ini kerana PAS juga berdepan dengan masalah gagal meraih sokongan Melayu di kawasan desa dan mungkin dilihat sebagai boneka DAP.

Sebelum ini, analisa terhadap strategi untuk meleraikan BN adalah berdasarkan logik "tangkap ketua dulu jikalau nak tangkap gerombolan perompaknya" (pepatah Cina). Maksudnya, BN tidak akan tumbang selagi UMNO tidak tumbang. Maka lebih 50% Melayu diperlukan untuk menyokong PR demi menjatuhkan UMNO.

Namun, iktibar yang diperolehi selepas PRK Tenang adalah, "tembak kuda dulu untuk jatuhkan orang di atasnya". Seandainya MCA dan parti komponen BN yang menjadi tunggangan UMNO ditembak, maka UMNO perlu turun dari kuda dan berperang secara dekat - tanpa diselindungi mitos politik "perkongsian kuasa".

Petikan dari merdekareview

Related Posts

Tembak kuda dulu untuk jatuhkan orang
4/ 5
Oleh