Rabu, 1 Disember 2010

PRU-13, Mac depan:Ramal Anwar


Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bakal diadakan pada Mac 2011 depan, ramal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramalan itu tegas beliau, ekoran pengumuman presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa pemilihan Umno ditangguhkan selama 18 bulan.

Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) tetapi tidak berani mengadakan pemilihan kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Umno yang sepatutnya mengadakan pemilihan pada Mac 2011 telah menangguhkan selama 18 bulan yang dilihat pemerhati politik memberikan signal akan berlakunya PRU pada tempoh tersebut.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat daripada rakyat.

Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum PRU diadakan.

“Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyat untuk buat keputusan,” katanya.Sk

Related Posts

PRU-13, Mac depan:Ramal Anwar
4/ 5
Oleh