Rabu, 8 Disember 2010

Anwar mempertikaikan undang-undang yang digunapakai dalam menafikan haknya

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana enggan membenarkan beliau membela diri.

Bercakap kepada media selepas ketegangan di dalam Dewan Rakyat tengahari tadi, Anwar mempertikaikan undang-undang mana yang digunapakai dalam menafikan haknya untuk mempertahankan diri dari dakwaan.

"Keseluruhan proses siasatan dijalankan dengan cara yang amat mencurigakan. Prinsip siasatan adalah jawatankuasa dibentuk, panggil tertuduh untuk memberi keterangan, tuntut bukti dan dokumen berkaitan. Tetapi semua ini tidak dilakukan," katanya.

Minggu lalu media melaporkan jawatankuasa terbabit tidak mahu mendengar sebarang keterangan dari Anwar, dan mana-mana saksi.

Jawatankuasa itu dilaporkan akan mengadili dan menghukum nasib pemimpin reformasi ini berdasarkan kepada surat penjelasan bertarikh 19 Ogos dari firma perunding, Apco Worldwide, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan elemen Israel-Zionis.

Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang menganggotai jawatankuasa itu menarik diri sebagai tanda bantahan.

Sebelum ini, pertubuhan pro-Zionis tertua di dunia, B'nai B'rith, melabel Anwar Ibrahim sebagai musuh ketat gerakan Zionis.

Seiring dengan itu, Umno-BN juga mahu tindakan diambil terhadap Anwar selepas Ketua Pembangkang itu mengkritik slogan 1 Malaysia mempunyai persamaan dengan slogan 1 Israel, yang digunapakai oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, pada 1999.

Firma Apco Worldwide dilantik oleh Umno-BN bukan sahaja untuk membantu urustadbir kerajaan, tetapi juga mengekang kemaraan Pakatan Rakyat, seperti yang diberitahu oleh Ahli Parlimen, Kota Belud Rahman Dahlan kepada Dewan Rakyat, 22 April lalu .tvs

Related Posts

Anwar mempertikaikan undang-undang yang digunapakai dalam menafikan haknya
4/ 5
Oleh