Isnin, 15 November 2010

Pembebasan Aung San Suu Kyi tidak bermakna


Pembebasan Aung San Suu Kyi tidak bermakna jika beliau tidak dibenarkan menjalankan mandat sebagai pemimpin Myanmar yang dipilih rakyat negara itu.

Akhbar The Sydney Morning Herald melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menolak pandangan bahawa pembebasan Suu Kyi dan pilihanraya yang berlangsung di negara berkenaan adalah langkah menuju demokrasi.

Menurut akhbar itu lagi, Anwar, seorang pejuang demokrasi memuji langkah Australia memperjuangkan demokrasi di Myanmar namun menyeru Canberra supaya meningkatkan lagi sokongan menegakkan demokrasi di seluruh pelusuk dunia ini.

“Australia perlu lebih menampilkan diri dalam mengumukan sokkongan kepada demokrasi..jika tidak anda hanya berkedudukan kuat di Myanmar tetapi tidak mengenai kekejaman di Malaysia," katanya dalam satu temubual dengan The Herald.

Menurutnya lagi, kekejaman di Malaysia termasuk banyak kejadian pembunuhan yang tidak terjawab termasuk kes kematian Teoh Beng Hock di ibupejabat negeri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masslam, Shah Alam Selangor.

“Secara umumnya ASEAN melihat pembebasan Aung San Suu Kyi sebagai satu perkembangan yang positif,” kata Anwar lagi.

Beliau juga menegaskan tidak berkongsi pandangan sedemikian kerana menurutnya pilihanraya di negara tersebut memalukan dan pembebasannya tidak memberi sebarrang makna jika beliau tidak dibenarkan melaksankan mandatnya sebagai pempimpin yang dilantik berikutan kemenangan parti pimpinannya pada pilihanraya 1990 lalu, namun telah dibatalkan oleh junta tentera Myanmar.

Sambil menolak kesimpulan bahawa pihak junta tentera yang memerintah sedang melakukan transisi kepada demokrasi sebenar, Anwar berkata, "Siapa yang melaksanakan transisi berkenaan? Atas syarat apa?"

”Dan transisi dari apa ke apa? Myanmar dulu adalah sebuah negara yang berdemokrasi penuh...semua pemerintah autokratik bercakap mengenai transisi kerana mereka memberi alasan rakyat masih belum bersedia tetapi hakikatnya, mereka sendiri belum bersedia. Saya berasa mual dengan mereka ini,"katanya lagi.

Anwar seterusnya memuji negara-neggara berdemokrasi seperti Australia yang memberikan sokongan kepada Suu Kyi dan menegaskan negara-negara berkenaan perlu terus memberikan tekanan kepada Myanmar.

Menurutnya lagi, keadaan ekonomi dan politik Myanmar berada dalam keadaan cacar merba dan memerlukan bantuan kemanusiaan yang dihantar oleh Australia dan negara lain.

Beliau bagaimanapun,menasihati kerajaan Autralia supaya tidak menghantar sebarang bantuan melalui kerajaan Junta negara terbabit.

“Anda tidak boleh mempercayai rejim berkenaan, mereka terlalu korup..hantar sebarang bantuan melalui badan bukan kerajaan (NGO) atau secara terus ke kampung di negara berkenaan," tambah beliau lagi. -tvs

Related Posts

Pembebasan Aung San Suu Kyi tidak bermakna
4/ 5
Oleh