Home » » Harga minyak naik lagi 5 sen

Harga minyak naik lagi 5 sen

Written By kiff isme on Selasa, 2 November 2010 | November 02, 2010


Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

2 ulasan:

  1. Harga petrol premium yg bermutu dinaikkan kerana mau untung lebih..dan tinggal petrol gred ke3 utk rakyat..yg amat mudah terbakar kerana kandungan octane direndahkan menyebabkan kenderaan akan mudah terbakar semasa kemalangan,biarpun kecil kemalangan tersebut..apalah nasib rakyat malaysia ditipu KERAjaan tahun demi tahun..pun ramai yg tak sedar diri lagi..jihad ke Jalan ALLAH adalah wajib utk semua Muslim di malaysia.

    p/s..add blog ana ke blog anta ya..Jazakaallah

    BalasPadam
  2. selepas harga minyak naik maka berlumba-lumba harga barang naik,jadi masihkah hendak mengekalkan kerajaan yang ada.


    p/s kepada tuan waksab tingalkan URL blog tuan di ruang chat.TQ

    BalasPadam

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.