Isnin, 22 November 2010

Atas kuasa apa Musa Aman membuat keputusan menggunakan wang rakyat

006
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah Ronnie Klassen mengecam tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang memperuntukkan sejumlah RM62.7 juta kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional serta seorang ADUN Bebas sambil menyifatkannya sebagai diskriminasi ke atas rakyat negeri itu.

Ini kerana tiga kawasan merangkumi Likas,Luyang dan Seri Tanjong yang dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008 dinafikan untuk menikmati peruntukan sebanyak RM1 juta setiap DUN tersebut.

"Atas kuasa apa Musa Aman membuat keputusan menggunakan wang rakyat untuk menaikkan peruntukan kepada wakil rakyat kepada RM62.7 juta? Kenapa pula peruntukan ini hanya kepada 56 ADUN Umno-BN dan seorang ADUN Bebas tetapi pada masa yang sama meminggirkan Likas, Luyang dan Seri Tanjong? Adakah tiga kawasan DUN ini diduduki oleh rakyat asing dan bukan warga Sabah?

"Pengundi berdaftar Sabah yang membayar cukai mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan daripad kerajaan negeri Umno-BN mengapa keputusan ini diambil dan untuk tujuan apa. Adakah janji-janji manis semasa PRU-12 dan juga di Batu Sapi baru-baru ini hanya satu helah untuk mengatakan hanya Umno-BN mampu membawa pembangunan di Sabah?," tanya Ronnie dalam kenyataannya.

Ronnie berkata dana awam adalah milik rakyat dan perlu diagihkan secara adil kepada golongan yang memerlukan.

Tindakan menafikan tiga DUN tersebut untuk mendapat sebarang peruntukan adalah satu bentuk diskriminasi dan peminggiran terhadap rakyat di kawasan terbabit.

Malah kata beliau tindakan Ketua Menteri itu lebih bersifat politik kerana gendang PRU-13 semakin kuat kedengaran dan bukannya untuk membantu rakyat Sabah.

Peruntukan khas itu diluluskan Ketua Menteri di bawah Bajet Negeri 2011 Jumaat lalu atas alasan peruntukan itu membolehkan wakil rakyat BN menyediakan bantuan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau juga berkata penafian kerajaan negeri sabah terhada laporan terbaru Bank Dunia yang mengatakan negeri itu sebagai termiskin hanya menunjukkan sindrom penafian yang dialami oleh Umno-BN.

"Adakah Musa ingin menuduh Bank Dunia menipu? Status termiskin ini hanya disebabkan tidak lain tidak bukan penyelewengan dan rasuh yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN selama ini.

"Apa terjadi kepada ratusan juta ringgit yang dikutip daripada cukai 15 peratus ke atas aktiviti ramalan nombr 4D yang boleh digunakan untuk mengatasi kemiskinan?" ujar beliau lagi.(sumber)

Related Posts

Atas kuasa apa Musa Aman membuat keputusan menggunakan wang rakyat
4/ 5
Oleh