Setelah menangguhkan lawatannya sebanyak dua kali, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama akhirnya tiba jua ke Indonesia pada 9 November lepas. Sebelum kedatangannya, Hizbut Tahrir Indonesia (HTI) telah melancarkan kempen besar-besaran untuk menolak kehadiran presiden negara penjajah itu.
HTI telah menyelenggarakan perhimpunan ulama di kota-kota utama di Indonesia di mana ribuan ulama telah bersepakat untuk menolak kehadiran Obama kerana ia bertentangan dengan Islam. “Obama adalah presiden negara kafir muharibah fi’lan (negara yang sedang berperang dengan umat Islam) dan tidak layak diterima sebagai tetamu”, demikian ujar Ustaz Ismail Yusanto, jurucakap rasmi HTI. Kemuncak kepada usaha untuk menekan presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar tidak menerima kehadiran rakan sejawatnya dari AS itu adalah demonstrasi besar-besaran yang dilakukan oleh HTI pada 7 November dengan menyaksikan lebih kurang 15 ribu anggota dan penyokong Hizbut Tahrir berarak dari Istana Negara hingga ke depan Kedutaan Besar AS, dengan membawa slogan dan sepanduk membantah keras lawatan Obama ke Indonesia.
Di Malaysia, lebih kurang seminggu sebelumnya, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton telah melakukan lawatan ke sini.
Sungguh aneh dengan lawatan Hillary ke Malaysia kerana akhbar-akhbar utama seperti menyembunyikan tarikh tepat lawatannya. Laporan rasmi akhbar hanya menyebut bahawa Hillary ‘akan melawat’ Malaysia dan dalam jadualnya akan menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pertemuan Hillary-Anwar juga adalah suatu yang janggal kerana biasanya lawatan rasmi seseorang wakil negara hanyalah untuk berjumpa dengan ketua negara yang dilawati.
Namun, hal ini dapat difahami kerana Anwar sememangnya ada hubungan rapat dengan AS. Namun apabila tiba di Malaysia, Hillary tiba-tiba membatalkan pertemuannya dengan Anwar tanpa sebab. Walaupun sekali pandang hal ini seolah-olah perkara biasa sahaja, namun bagi mereka yang celik politik tentunya dapat membaca bahawa parti pembangkang Malaysia sebenarnya telah terperangkap dengan kelicikan Hillary.
Dengan tidak menghebahkan tarikh tepat kedatangannya dan dengan ‘mengisytiharkan’ jadualnya untuk bertemu Anwar, ternyata Hillary telah berjaya mengelak ‘protes’ dari umat Islam di Malaysia pada lawatannya ini. Harapan kita untuk menyaksikan parti Islam terbesar Malaysia mengadakan demonstrasi besar-besaran menolak Hillary (sebagaimana lawatan Condoleeza Rice dahulu), tidak kesampaian, hanya kerana kelicikan Hillary yang mengatakan ingin bertemu dengan Anwar selaku ketua kepada pakatan pembangkang.
Walaupun kita yakin bahawa sebahagian besar umat Islam menolak kehadiran pemimpin penjajah kuffar di negara ini, namun nampaknya kerajaan Malaysia (dan Indonesia) telah berjaya membawa mereka ke sini!
Malah para menteri begitu bangga dengan lawatan musuh Allah ini dan menyifatkannya sebagai penambahbaikan hubungan dua hala dengan negara super power itu. Begitulah hinanya para pemimpin umat Islam sekarang yang tanpa segan silu dan tanpa merasa bersalah sedikit pun, malah sebaliknya berbangga menyambut kedatangan ketua teroris dan syaitan besar ke negara ini.
Pemimpin umat Islam ini sudah buta mata hatinya sehingga sanggup berbaik dengan AS yang sudah terang lagi bersuluh merupakan musuh Allah yang wajib diperangi. Para pemimpin ini sebaliknya memuja dan menatang AS umpama menatang minyak yang penuh, manakala hukum Islam mengenai jihad ditentang habis-habisan dan umat Islam yang ingin menegakkan Islam dilabel sebagai teroris ataupun ekstremis.
Inilah hakikatnya dengan pemimpin umat Islam, sebagaimana diucap sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang menggesa golongan sederhana (moderat) supaya bersatu bergerak secara jemaah untuk menghalang mana-mana kumpulan ekstremis baik di dalam atau di luar negara.
Beliau berkata, sepanjang sejarah, agama Islam tidak pernah dibina atau disebarkan melalui tindakan agresif, kekerasan atau terorisme. “Jika pendapat itu diterima, secara tidak langsung kita terpengaruh dengan dakyah bahawa Islam berkembang melalui perang dan pedang seperti juga penipuan fakta yang didakwa golongan ekstremis ini. Sebaliknya, Islam tersebar luas ke seluruh dunia termasuk ke negara kita secara dakwah berasaskan sunah Rasulullah SAW seperti penampilan akhlak terpuji dan mulia, perasaan kasih sayang, hormat menghormati, integriti dan kesederhanaan,” katanya
(Baca lagi berita penuh)

AMERIKA DITATANG, ISLAM DITENTANG!
4/
5
Oleh
Admin