Umno sudah ketandusan idea untuk menawan Galas sehingga sangup menyusun strategi mempertarukan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calonya.
KOTA BHARU: UMNO Bahagian Kota Bharu menyokong cadangan supaya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan.
Ketuanya, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata pemimpin veteran UMNO itu diyakini mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan juga ahli Dewan Undangan Negeri sekiranya dipilih bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti.
Beliau berharap Tengku Razaleigh yang dipilih sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Galas, memikirkan perkara itu semasak-masaknya sekiranya dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.
"Beliau tokoh politik yang disegani oleh rakyat," kata Mohd Fatmi yang juga setiausaha politik perdana menteri pada majlis rumah terbuka Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini, malam semalam.
Semalam, cadangan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian supaya Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon Galas turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata, BN bersedia menimbangkan cadangan itu.
Parti Progresif Penduduk (PPP) turut mengalu-alukan Tengku Razaleigh dipilih sebagai calon BN di Galas.
"Kami yakin Tengku Razaleigh mampu membawa balik kemenangan BN jika menjadi calon di Galas," kata Pengerusi PPP Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.
Nik Sapeia yang juga Naib Presiden PPP, berkata parti itu akan membantu komponen BN dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu.
Umno sudah ketandusan idea untuk menawan Galas
4/
5
Oleh
Admin