Jumaat, 1 Oktober 2010

Kerajaan Selangor perbodohkan rakyat


Kerajaan selangor tidak menaikan tarif air adalah untuk menjaga kepentingan orang yang berpendapatan rendah di mana orang umno/kaya juga mendapat manfaatnya.Walapun kita membayar rm30 ke 40 sebulan,bagi orang yang berpendapatan rendah bersar ertinya.Dengan rm40 bagi orang yang berpendapatan rendah boleh buat belanja dapur selama 2-3 hari,tapi apa erti duit sebanyak itu bagi orang umno/kaya,sebagai mana mantan menteri besar perlis dahulu cerut yang dihisap dan dibakar sebatang pun harganya rm50.

Mari kita fikirkan yang mana betul dan salah?

Sumber utusan-forum Selangor juga patut naikkan tarif air

UMUM mengetahui bahawa krisis air makin meruncing di Selangor hinggakan kini masih belum ada kata putus atau penamat mengenai isu itu. Saya terpanggil untuk beri pandangan ke atas pendapat saudara Azham dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam berkenaan dengan isu air yang diputarbelitkan faktanya oleh kerajaan Selangor.

Saya juga berpendapat kenyataan pegawai Menteri Besar (MB) Selangor bahawa harga air lebih mahal daripada harga minyak adalah tidak berasas sama sekali bahawa jika tarif air naik hingga 37 peratus sekalipun, ia tidaklah semahal minyak petrol yang setiap satu liter minyak berharga RM1.85 berbanding RM0.0008 sen bagi satu liter penggunaan air.

Adakah MB sedar akan perkara ini? Janganlah belitkan kenyataan dan perbodohkan rakyat. Dan jika kerajaan Selangor terus bersikap begini, tidak mustahil kerajaan pakatan pembangkang akan tumbang pada pilihan raya akan datang.

Kita tidak boleh bandingkan manfaat penggunaan petrol dengan air, yang jelas menunjukkan air lebih banyak manfaatnya untuk kehidupan harian kita seperti memasak, minum, membasuh pakaian dan sebagainya dan tidak juga saya nafikan manfaat penggunaan minyak ke atas pelbagai industri dan domestik negara.

Selain itu, kita juga patut sedar bahawa kenaikan tarif air adalah disebabkan oleh kos operasi yang tinggi bagi bekalkan bekalan air bersih kepada penduduk Selangor selain rawat sumber air mentah yang teruk tercemar.

Baru-baru ini juga Kerajaan Persekutuan melalui kajian pakar air juga telah nyatakan bahawa krisis air mungkin berlaku lebih awal iaitu pada tahun 2012, dan bagaimana jika ia berlaku dengan bekalan air yang tercemar dibekalkan kepada pengguna jika kerajaan negeri ambil alih industri air Selangor? Sudah tentu ia akan mendatangkan segala kerumitan dan permasalahan.

Selain itu, kenaikan tarif air juga bagi elak pembaziran oleh pengguna yang mewah dengan bekalan air. Kenaikan tarif air bukanlah sesuatu yang baru jika kita bandingkan dengan negara-negara maju seperti Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat yang jelas lebih mahal tarif airnya sebagai satu langkah bagi elakkan pembaziran.

Malah dalam al-Quran juga menyebut bahawa pembaziran itu adalah amalan syaitan dan mengapa kita masih bersikap sedemikian.

Akhir kata, saya menyokong pendapat saudara Azham bahawa kerajaan khususnya MB harus bertindak rasional dalam jelaskan isu air ini. Hentikan budaya politiking dan lebihkan kerja.

Jangan kerana ego anda, rakyat Selangor menderita, lagipun Kedah juga sudah naikkan tarif air di antara 25 hingga 44 peratus dan Pulau Pinang juga telah naikkan surcaj air.

Jadi apa yang peliknya pula bagi Selangor!

JEJAKA IDAMAN
Kuang, Selangor

Sumber utusan-forum Harga air: Selangor buat kenyataan mengelirukan
BARU-BARU ini, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor telah mengatakan jika kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus dikenakan, maka harga air di Selangor akan menjadi lebih mahal daripada petrol. Sebagai pengguna, sudah pastinya saya amat terkejut dan tindakan kerajaan negeri untuk menyekat kenaikan harga air amat dialu-alukan.

Selepas itu, saya mula mencongak perbandingan harga kerana tertanya- tanya apakah benar air semahal petrol jika harga air naik?

Berdasarkan congakan saya, satu meter padu air atau seribu liter air adalah 57 sen dan jika kenaikan 37 peratus berlaku, maka harga ini akan meningkat kepada kira-kira 80 sen setiap seribu liter.
Harga ini jauh perbandingannya dengan harga minyak iaitu RM1.85 seliter ataupun RM1,850 setiap seribu liter.

Persoalannya adakah air yang berharga 57 sen setiap seribu liter ini jauh lebih mahal daripada seribu liter minyak yang harganya RM1,850?
Bagaimana pihak Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor membuat pengiraan?
Setahu saya kalau RM1.90 seliter adalah air mineral dalam botol, tetapi apa kaitannya dengan air paip kerana persoalan air mineral tidak timbul, tetapi air paip yang digunakan untuk keperluan harian kita.
Berdasarkan kenyataan tersebut, saya membuat kesimpulan bahawa kerajaan negeri tidak membuat perbandingan yang jelas atau cuba memesongkan fikiran rakyat dengan perkara-perkara yang dilihat seolah- olah rakyat tidak tahu kenyataan tersebut jelas berbentuk politik dan bukan berdasarkan kepada fakta yang tepat.

Pada awalnya saya sokong tindakan kerajaan negeri, tetapi apabila menyedari kenyataan tersebut hanya berbau politik dan menghentam syarikat pembekal air dengan fakta-fakta yang mengelirukan rakyat dan pengguna, timbul rasa simpati saya pada Syabas.

Saya harap kerajaan negeri hentikanlah berpolitik dan tadbir negeri Selangor dengan bijak.
Jika kerajaan negeri terus menerus memberi kenyataan yang tidak benar, saya khuatir keyakinan rakyat terhadap mereka akan hilang.

Azham
Anak Selangor


Related Posts

Kerajaan Selangor perbodohkan rakyat
4/ 5
Oleh