Selasa, 26 Oktober 2010

Ansari Abdullah membidas pimpinan Barisan Nasional yang tidak sensitif


Calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah membidas pimpinan Barisan Nasional yang tidak sensitif apabila mengadakan majlis pesta rakyat di sini semalam. Pesta ini tidak sepatutnya berlaku, sepatutnya mereka berkabung memperingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi yang lepas Datuk Edmund Chong Ket Wah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Coastal, Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

"Pesta Rakyat yang dihadiri oleh Muhyiddin ada di sana, saya nampak penyanyi dangdut bergelek di atas pentas, sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung, kerana wakil mereka baru meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam," katanya kepada TV Selangor.

Tegas Ansari lagi, sepatutnya pimpinan Barisan Nasional menyelesaikan persoalan asas kemudahan kepada rakyat yang gagal disempurnakan dengan baik selama lebih 47 tahun memerintah.

"Kita tak tahulah samada ini hiburan untuk pemimpin atau untuk rakyat, tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan keadaan mereka dibela," katanya lagi.

Ansari juga berkata pemilihan calon BN yang merupakan isteri mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah untuk meraih undi simpati tidak menjadi persoalan asas kerana asasnya pertandingan ini adalah untuk menggantikan corak kerajaan Barisan Nasional yang gagal menjaga kebajikan rakyat.

"Persoalan ini bukan berkenaan calon, pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal memelihara rakyat, dan
pembangkang akan membela rakyat," tegasnya.Mohd Ezli Mashut tvs

Related Posts

Ansari Abdullah membidas pimpinan Barisan Nasional yang tidak sensitif
4/ 5
Oleh