Rabu, 8 September 2010

Lapuran polis di buat terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN)

KDN hari ini telah melatah dengan pendedahan Tan Sri Musa hassan
Jika perkara sebegini tidak ujud masakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan ingin mendedahkannyaSetelah lama di tunggang oleh puak-puak umno untuk meneruskan hayat pemerintahan akhirnya KPN mendedahkanya juga.


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mengenai wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, adakalanya syor dan perakuan PDRM (permintaan dan cadangan) tidak dipertimbangkan sepenuhnya dan ini seolah-olah boleh dipandang sebagai campur tangan di dalam urusan harian PDRM.

"Maka di dalam hal ini, urusan pengurusan perkhidmatan utama adalah tanggungjawab PDRM dan isu campurtangan di dalam perjalanan urusan PDRM oleh kementerian tidak wujud sama sekali,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membaca kenyataan tiga muka surat kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas dari Musa kepada timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berikutan persaraan Musa, Isnin ini.

Sebelum ini, Musa meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan PDRM menjalankan tugas dan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau

BESUT -Yang Dipertua PAS Kawasan Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.telah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut hari ini 8 September, jam 10.40 pagi.

Laporan polis dibuat ekoran pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkaitan wujudnya campurtangan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam urusan yang dibawah bidangkuasanya sehingga disifatkan melanggari seksyen 4 Akta Polis 1957

Turut hadir adalah Ketua Pemuda PAS Besut, Ustaz Zulkifli Kadir, Penolong Setiausaha PAS Kawasan Nik Hassan Azmi Nik Mat dan Mohd Zaki Sulaiman (AJK).

Laporan yang dibuat telah diterima oleh Kopral Nik Alias Nik Lah.

Di harap akan ada lagi yang tampil membuat laporan polis dengan pendedahan ini,walaupun ia akan di bakul sampahkan.

Related Posts

Lapuran polis di buat terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN)
4/ 5
Oleh