Selasa, 7 September 2010

Apakah malaysia hab halal?

Apabila agensi agama sibuk berpolitik,tanggung jawab sebenar mereka di abaikan.
Malaysia di katakan Hab halal untuk pengeluarkan bahan makanan orang islam,tetapi berapa peratuskah
pengusaha yang beragama islam terlibat di dalam perusahaan ini?
Kebanyakan pengusaha prodak makanan halal ini di usahakan oleh orang  yang bukan islam.
jadi bagai mana boleh di katakan kita sebagai pengeluar Hab halal?
Bukankah kita negera islam,kita boleh membuat undang-undang hanya orang muslim sahaja boleh mengeluarkan makanan untuk orang islam.Kita boleh membuat hanya orang muslim sahaja,boleh menjual makanan untuk orang islam.

jadi fikirkanlah...!!Walaupun di pasar malam banyak orang islam menjual bahan makanan,tetapi apakah ianya halal....Bukan 100 peratus bahan makanan itu halal...Fikirkanlah..

KUALA LUMPUR: Semua agensi dan badan kerajaan yang ingin mengadakan sesuatu majlis termasuk jamuan hari raya di sesebuah premis dinasihatkan memastikan tempat itu mempunyai logo halal yang sah. 

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah, berkata Datuk Seri Najib Razak memberi perhatian serius terhadap status halal ini selain menitikberatkan aspek itu dalam majlis atau upacara yang dihadirinya.

"Usaha melakukan pemeriksaan ke atas premis makanan dan restoran yang mencurigakan menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menangani isu halal yang banyak berlaku sejak kebelakangan ini yang mana mereka menyalahgunakan logo halal untuk kepentingan sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyertai pemeriksaan terhadap dua premis makanan di Jalan Pudu Ulu, Cheras, di sini hari ini.

Pemeriksaan mengejut itu disertai 15 petugas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berikutan aduan orang ramai berkaitan penyalahgunaan sijil halal di kedua-dua premis makanan berkenaan. 

"Pemeriksaan sebegini akan kerap dijalankan bagi menunjukkan kerajaan tegas dalam menangani gejala pengeluaran logo palsu yang semakin berleluasa," katanya. 

Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah, berkata melalui pemeriksaan pertama di sebuah restoran Cina Muslim yang menawarkan "dim sum" dan "steamboat" halal milik sebuah hotel, mendapati premis itu dalam proses mendapat kelulusan halal JAKIM. 

"Jakim tidak mengeluarkan kelulusan sijil dan logo halal ke atas restoran itu dan adalah menjadi kesalahan menggunakan logo tanpa kebenaran pihak kami," katanya selepas pemeriksaan selama tiga jam sejak 11 pagi itu. 
Beliau berkata pengurusan premis itu masih dalam proses permohonan mendapatkan pensijilan halal. 

Ketua Penguatkuasaan KPDNKK Negeri Cawangan Kuala Lumpur, Othman Nawang, berkata premis itu dikenakan tindakan kerana risalahnya menyalahi Seksyen 31B dan Seksyen 15 Akta Perihal Dagangan 1972 kerana menggunakan logo tanpa kebenaran Jakim. 

Pemeriksaan selanjutnya di sebuah restoran masakan Thai berdekatan mendapati premis itu menggunakan logo palsu menyerupai logo JAKIM. 

Restoran itu telah diberi amaran dan logo palsu itu ditanggalkan oleh pihak JAKIM.

Related Posts

Apakah malaysia hab halal?
4/ 5
Oleh