Isnin, 23 Ogos 2010

Wanita BN Sarawak dan Sabah Gentar PKR Giat Rekrut Anggota Baru

Wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak gentar dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempergiatkan usaha untuk merekrut anggota wanita baru, sebagai usaha memperkukuhkan sokongan terhadap parti itu di negeri ini.

Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datin Fatimah Abdullah hari ini berkata kalangan wanita di negeri ini akan menilai sendiri rekod pencapaian, kredibiliti dan komitmen BN untuk membawa pembangunan ke Sarawak.

Beliau berkata tidak dinafikan bahawa segelintir wanita mungkin akan dipengaruhi oleh emosi dan terpedaya dengan pujuk rayu serta kata-kata manis yang dijanjikan pembangkang.

Namun begitu, beliau yakin majoriti wanita di negeri ini akan menilai dan memilih BN yang berpengalaman, berwibawa dan komited untuk berkhidmat kepada rakyat demi kemajuan masa kini dan generasi akan datang.

Fatimah, yang juga Menteri di Pejabat Ketua Menteri, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada PKR, Elizabeth Wong bahawa PKR akan merekrut lebih ramai anggota wanita baru di Sarawak.

Fatimah berkata pergerakan wanita setiap parti komponen BN sedang mempergiatkan usaha untuk mendapatkan anggota baru menerusi pelbagai saluran seperti bengkel dan 
 Anggota Dewan Undangan Negeri

 Pergerakan Puteri Umno Sabah telah mengarahkan kesemua 25 Puteri Umno bahagian di seluruh negeri memastikan setiap individu yang mencapai umur 21 tahun didaftarkan sebagai pengundi.

Setiausaha Puteri Umno Sabah Aziah Atoh berkata arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Kita mahu lancar gerakan secara bersepadu bagi memastikan sesiapa yang dianggap layak terutama golongan muda didaftarkan sebagai pemilih," katanya.

Aziah yang juga pengerusi unit khas pilihan raya Puteri Umno Sabah berkata usaha mendekati golongan muda perlu dipertingkatkan bagi memberi penjelasan kepada mereka tentang dasar-dasar kerajaan.

Katanya Umno mempunyai 4.3 juta pemilih berdaftar di seluruh negara, dan usaha kini ditumpukan kepada 1.9 juta penduduk Melayu yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Related Posts

Wanita BN Sarawak dan Sabah Gentar PKR Giat Rekrut Anggota Baru
4/ 5
Oleh