Sabtu, 21 Ogos 2010

UMNO mengambil berat masalah rakyat?

Bagai ketam mengajar anak berjalan lurus
Begitulah Najib,meminta para pemimpin umno bekerja kuat, menunaikan setiap janji dan mengambil berat masalah rakyat.Selama ini ada Najib mengambil tahu masaalah rakyat,apa yang rakyat mahu?
Malah membebankan rakyat dengan BNnya adalah(Barang Naik)



KANGAR 20 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta kepimpinan UMNO supaya mengutamakan perpaduan di semua peringkat demi masa depan parti dan negara.

Berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 6,000 penduduk Perlis di Dewan 2020 di sini beliau meminta supaya semua pihak berusaha sedaya upaya menggunakan apa cara sekalipun bagi mewujudkan perpaduan itu.

Beliau yang juga Presiden UMNO seterusnya meminta para pemimpin UMNO supaya mengetengahkan corak kepimpinan yang boleh membawa perubahan, di samping bekerja kuat, menunaikan setiap janji dan mengambil berat masalah rakyat.

"Insya-Allah kepimpinan akan sentiasa dihormati dan dimuliakan,” katanya. - Bernama

Related Posts

UMNO mengambil berat masalah rakyat?
4/ 5
Oleh