Sabtu, 7 Ogos 2010

Rakyat jadi mangsa

Setiap kali BN terdesak dan merasakan kedudukan mereka tergugat, BN menggunakan apa juga cara untuk berdepan dengan rakyat.
Sejak dari dahulu, kini dan mungkin selamanya rakyat akan berdepan dengan pihak keselamatan bagi menghadapi BN.
Minggu ini kita melihat perkara ini berulang kembali. Program, ceramah dan sebagainya yang dijalankan oleh rakyat yang tertindas dan dizalimi di ganggu oleh pihak berkuasa dengan menangkap rakyat tanpa alasan yang munasabah.
Mereka hanya berhimpun untuk mendengar ceramah dan menghadiri program-program yang membela kebajikan mereka tetapi dihalang dengan rakus dan kasar oleh pihak berkuasa.
3 peristiwa berlaku sehari dua ini :-
1) Seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini (Ahad) yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang sementara seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung. Tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang memakai pakaian beridentitikan penganjur program. Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah.

2) Seramai 29 orang ditahan, 21 lelaki dan lapan perempuan setelah polis beserta pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menyerbu upacara menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya. Pihak peguam sedang membuat urusan di balai polis.
3) Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit di Batu Pahat, Johor.
Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah dipantas itu malam tadi.
Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah. Akibat sebuan itu sehingga jam 12.30 pagi tadi difahamkan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita. Kesemua yang ditahan kini dibawa ke balai polis Rengit.
Ternyata BN benar-benar tertekan dan takut kepada bayang-bayangnya sendiri sehingga tergamak menggunakan kekerasan bila berhadapan dengan rakyat. Mana perginya slogan 1Malaysia, pencapaian diutamakan rakyat didahulukan.
Sepatutnya dengan semangat 1Malaysia kerajaan akan berlebih professional bila berhadapan dengan isu-isu yang ditimbulkan oleh rakyat.
Isu-isu Felda, Felcra dan ISA seumpama ini adalah isu kezaliman dan penindasan yang diperjuangkan oleh rakyat. Apa salahnya kerajaan duduk semeja berbincang dan berdialog dengan rakyat malah mungkin juga kerajaan boleh menghantar wakil untuk berdebat dengan rakyat dalam isu-isu tersebut.
Menggunakan kekerasan dan kerakusan seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah malah rakyat akan semakin benci dan meluat dengan kerajaan dan pimpinannya.

Related Posts

Rakyat jadi mangsa
4/ 5
Oleh