Khir cabar Khalid dalam isu pasir.
Khalid sebagai menteri besar selangor harus menyahut cabaran ini bagi membuktikan
dakwaan,bahawa kerajaan terdahulu terlibat dalam kecuriaan pasir.
Tan sri salim kata pasir tidak boleh di jual beli
tapi sekarang orang sangup merompak pasir demi kekayaan
Khalid sebagai menteri besar selangor harus menyahut cabaran ini bagi membuktikan
dakwaan,bahawa kerajaan terdahulu terlibat dalam kecuriaan pasir.
Tan sri salim kata pasir tidak boleh di jual beli
tapi sekarang orang sangup merompak pasir demi kekayaan
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar supaya menunjukkan bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini melakukan perlombongan pasir secara haram.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika melemparkan cabaran itu berkata, dakwaan Abdul Khalid mengenai perkara itu dalam temu bual yang disiarkan olehMalaysiakini disifatkan 'merapu dan merepek.'
Menurut beliau, apa yang pasti Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu sendiri 'merompak' wang rakyat dengan menjadi orang tengah dalam industri perlombongan pasir di negeri itu.
"Pasir dilombong atas tanah kerajaan tetapi royalti yang diterima oleh pejabat tanah hanya RM3 satu tan metrik, sama seperti royalti pasir atas tanah persendirian.
"KSSB ambil lagi RM4 tanpa perlu melakukan apa-apa kerja kecuali menyediakan draf perjanjian dan mencari kontraktor.
"Kerajaan sebagai tuan tanah hanya mendapat RM3 bagi setiap tan metrik pasir dikeluarkan, manakala KSSB sebagai broker mendapat RM4. Apakah ini bukan merompak wang rakyat?'' soalnya di dalam blog www.drkhir.com.
Abdul Khalid ketika ditemu bual oleh portal berita berkenaan baru-baru ini mendakwa Mohamad Khir sebagai tidak berbuat apa-apa kebaikan kepada Selangor dan tidak layak menjadi menteri besar.
Mengulas lanjut Mohamad Khir mengakui semasa mentadbir Selangor sebelum ini, pentadbirannya tidak begitu sempurna.
Namun jelasnya, beliau meninggalkan pentadbiran dengan kedudukan kewangan negeri yang jauh lebih tinggi di samping pencapaian anak syarikat kerajaan negeri yang kesemuanya mencatatkan keuntungan termasuk mempertingkatkan kecekapan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Itu semua, katanya, dapat dilaksanakan kerana beliau mewarisi kerajaan yang baik daripada pimpinan sebelumnya dan hanya perlu melakukan pembetulan serta perubahan seiring dengan kehendak semasa.
"Pencapaian-pencapaian itu diakui sendiri oleh fakta-fakta yang didapati melalui Kajian Daya Saing Negeri Selangor oleh Perbadanan Produktiviti Negara dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Mungkin Abdul Khalid perlu bertanya siapa yang mewujudkan Science Park 2 yang telah menghasilkan berbilion ringgit pelaburan.
"Di bawah pentadbiran siapa Selangor mencapai kemajuan pesat? Mungkin beliau perlu ambil sedikit masa melihat fakta-fakta pencapaian negeri sejak 2001-2007 sebelum bercakap merapu.
"Jika Abdul Khalid ada keberanian, beliau juga perlu menggunakan model yang sama untuk membuat kajian semula dan melihat perbandingan antara 2007 dan sekarang, baru kita boleh berhujah adakah kerajaan beliau lebih baik daripada kerajaan BN sebelum ini,'' tegasnya.
Mohamad Khir seterusnya mengajak semua pihak untuk melihat apa yang telah Abdul Khalid lakukan sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor, selain memberi air percuma menggunakan wang yang diwarisi dari kerajaan sebelum ini.
"Seingat saya sudah hampir RM70 bilion jumlah projek yang diumumkan beliau sejak menjadi menteri besar. Namun, yang masuk ke Selangor sejak pentadbiran beliau hanya RM6 bilion,'' katanya.
Khalid di cabar
4/
5
Oleh
Admin