Rabu, 18 Ogos 2010

Ireland Boikot Israel

150 intelektual Ireland mengumumkan boikot budaya terhadap Israel sebagai tanda sokongan kepada hak-hak warga Palestin. Mereka juga menuntut Israel menghormati undang-undang antarabangsa.
Boikot budaya tersebut merangkumi perkara-perkara berikut: menghalang penyertaan Israel dalam sebarang acara dan aktiviti budaya serta tidak membiayai sebarang acara kebudayaan yang dianjurkan institusi dari Israel . Kempen boikot budaya ini tercetus hasil daripada protes kepada layanan Israel terhadap warga Palestin. Selain itu, ia juga merupakan respon daripada kenyataan Menteri Luar Negara Israel yang menyatakan budaya merupakan satu alat propaganda.

Related Posts

Ireland Boikot Israel
4/ 5
Oleh