Khamis, 26 Ogos 2010

Apabila menteri-menteri UMNO(BN) ketandusaan idea.

Pemimpin umno(BN) semacam ketandusaan idea,untuk memenangi hati rakyat
Apa bila meniru gerak kerja pakatan rakyat. Bila Lim Guan Eng memberi bonus untuk
hari raya kepada penjawat awam di pulau pinang

Langkah pemberian bonus itu,di ikuti oleh kerajaan malaysia pimpinan Najib
kemudian di ikuti oleh kerajaan negeri Perak, Selangor dan yang terbaru kerajaan negeri Melaka





MELAKA 26 Ogos — Lebih 4,500 kakitangan awam kerajaan negeri Melaka dan semua agensinya, akan mendapat bayaran bantuan khas kewangan bernilai RM500 seorang untuk menyambut Hari Raya Aidilftiri ini.

Ketua Menteri, Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan Melaka mengikut langkah kerajaan pusat memberi bantuan tersebut.

"Bantuan itu melibatkan peruntukan perbelanjaan sebanyak RM2,278,500 dan bantuan tersebut akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penduduk di Surau Taman Bahagia di sini, malam tadi.

Mohd Ali berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan bebanan kewangan untuk mereka menyambut hari raya dan mereka perlu menggunakan bantuan tersebut secara berhemah.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan menyatakan bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54.

Ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini

Related Posts

Apabila menteri-menteri UMNO(BN) ketandusaan idea.
4/ 5
Oleh