:
Home » » Deepak ikhlas atau hanya agen UMNO

Deepak ikhlas atau hanya agen UMNO

Rabu, 6 Februari 2013 | 0 comments




KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bertemu dengan Deepak Jaikishan di Pejabat Agung PAS hari ini.

Ia berkaitan dengan permohonan Deepak untuk mendapat imuniti dari Pakatan Rakyat bagi membolehkannya mendedahkan lebaih banyak lagi berhubung isu yang turut mengaitkan pemimpin kanan negara.

Deepak, yang berkemeja kelabu dilihat tiba bersorangan di sini kira-kira jam 10.55 pagi.

Pertemuan secara terbuka di depan wartawan ini akan diadakan kira-kira jam 11 pagi ini.

Turut serta dalam pertemuan ini adalah Peguam PAS Asmuni Awi dan juga Dr Syed Azman Nawawi di samping beberapa pegawai kanan PAS.

Satu sidang media berhubung hasil perbincangan dan tidakan lanjut akan dibuat selepas pertemuan itu nanti. -harakahdaily

post-by- email
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger