:
Home » » Video dan gambar Sekitar Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi Ramli

Video dan gambar Sekitar Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi Ramli

Rabu, 23 Mei 2012 | 0 comments

insurance

insurance

insurance

insurance

insurance

insurance

insurance

insurance


SHAH ALAM - Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.






Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger