:
Home » » Skandal lebih besar mungkin terdedah di sebalik kes bunuh...

Skandal lebih besar mungkin terdedah di sebalik kes bunuh...

Rabu, 30 Mei 2012 | 0 comments



SHAH ALAM - Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu.

Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali; pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.

Pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.

Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.

(Abdul Rahman ‘dia seorang berkuasa’ dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang, berkaitan urusan jual beli tanah).
Kongsikan :

0 comments:

Catat Ulasan

Sila berkongsi maklum balas anda dalam ruang perbincangan atau FB dan memfailkan apa-apa fakta yang anda dapati melalui pengalaman dan pengetahuan anda.

Ulasan isu hendaklah dengan fikiran terbuka, supaya setiap ulasan akan memberi manfaat kepada semua.

Berbahas atau bertukar-tukar pendapat,agar yang kurang kita tambahkan,yang lebih kita berikan.

 
Copyright © 2011. Politik kedai kopi - All Rights Reserved
Template Modify by Politik Kedai Kopi
Proudly powered by Blogger